Mereka menggambarkan saya sebagai sombong, angkuh, tidak tahu hormat dan dan keras kepala,” kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini.
Aziz pada 11 Oktober lalu berkata, tindakan Sultan Selangor Sultan campurtangan berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama pada 3 Ogos lalu, bukan tindakan yang lazim.
Menurutnya, sebagai ketua agama Islam di negeri itu, baginda mempunyai hak untuk campurtangan tetapi ia perlu dijalankan selaras dengan ajaran Islam.
“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata pensyarah UIA ini dalam satu kenyataan hari ini.
Aziz berkata beliau sudah mengarahkan peguamnya Hanipa Maidin bagi menyaman Utusan dan seorang lagi peguam Zulqarnain Lukman bagi menguruskan perkara berkaitan laporan polis yang dibuat terhadapnya.
“Isunya di sini, saya bercakap berdasarkan pengetahuan dan kepakaran saya,” katanya – ahli akademik tunggal yang menulils tesis doktor fasafah tentang peranan raja-raja dalam Islam dan demokrasi.
“Tetapi mereka bukannya memberitahu saya pandangan mereka, sebaliknya pergi ke merata tempat dan membuat dakwaan terhadap saya.”
“Hanya Thailand yang mempunyai undang-undang ‘lese majeste’ yakni undang-undang yang menghukum mereka yang menghina raja,” katanya.
“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.
“Apa salah saya? Dengan siapa saya hendak mohon maaf? Saya hanya beri komen tentang satu perkara yang dalam bidang kajian dan pengetahuan saya,” kata beliau sambil menambah, “menuduh saya derhaka tentunya tidak logik kerana saya telah banyak menulis mengenai raja berperlembagaan di Malaysia.”
“Tesis PhD saya berjudul The Development and Role of Constitutional Monarchy yang dikemukakan kepada Universiti Birmingham, England menghurai pelbagai kuasa raja termasuk dalam aspek agama.
“Saya kemudian menerbitkan buku bertajuk Majlis Raja-Raja: Kedudukan dan Peranan Di Sisi Perlembagaan pada 2002 yang dilancarkan oleh Yang di-Pertuan Agong. Saya juga menulis satu-satunya huraian mengenai kuasa agama raja-raja dalam buku saya Islam dalam Perlembagaan Malaysia (2005),” katanya lagi.
Aziz menambah, “orang-orang seperti Senator Ezam (Mohd Nor), (Pengerusi Pengerusi Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor) Hamidzun Kamarudin dan (Ahli Parlimen) Datuk Zulkifli Noordin elok duduk dan baca buku.”
“Jangan mengarut dan menyesatkan orang lain,” katanya lagi.
Aziz juga berkata beliau difahamkan sebuah stesen webTV hendak menganjurkan debat antara saya dengan Zulkifli dan beliau bersedia bila-bila masa.
“Saya harap Zul jangan lari dan jangan hanya berani dalam Parlimen sahaja. Dia cabar saya supaya berhenti UIA dan masuk politik.
“Saya tak minat politik. Saya hanya mahu berkongsi dengan masyarakat apa yang saya kaji selama ini,” katanya.
Beberapa Ahli Parlimen membidas Aziz kerana kenyataannya.
Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah UIA itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati sultan sebagai ketua agama Islam.
Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Moktar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.
Pandangan sama dikongsi Zulkifli, wakil rakyat Kulim-Bandar Baru, yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai “pakar perlembagaan”, kerana menurutnya kuasa sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Utusan melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat terus mengkritik Aziz dan Malaysiakini yang menyuarkan kenyataan pensyarah itu sebelum ini.
Awang menulis, Aziz memberikan isyarat salah kepada pelbagai pihak termasuk bukan Islam bahawa Sultan boleh disanggah biarpun bawah bidang kuasa baginda.
Katanya, sebagai rakyat Malaysia dan orang Islam, reaksi Aziz yang mempertahankan kenyataannya dan enggan memohon maaf kepada Sultan Selangor, dilihat angkuh.
“Awang percaya seandainya kenyataan Sultan Selangor berhubung insiden di gereja itu dilihat memihak kepada pembangkang, nescaya Abdul Aziz akan berdiam.
“Tidak mungkin beliau akan menyanggah baginda kerana ada percaturan lain yang mengatasi soal kepentingan agama dan perlembagaan,” coretnya.
PBO: saman jangan tak saman, saman sampai lunyai
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan