Selasa, 18 Oktober 2011

Perkembangan perbicaran kes liwat Anwar 18.10.2011

Prosedur Laporan Perubatan Sangat Meragukan! 23 November Keputusan!


Perbicaraan kes liwat fitnah fasa 2 yang membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersambung hari ini setelah pasukan pendakwaan berjaya meminta kebenaran mahkamah untuk mengemukakan empat orang saksi "rebuttal" (bantahan) dengan cuba untuk menafikan fakta perubatan yang dikemukakan oleh pakar tulang belakang (ortopedik) Anwar, Dr Thomas Hoogland.

Saksi bantahan pertama yang tampil hari ini adalah Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Zalina Mohd Noor, yang menjawat jawatan tersebut sejak April 2009.








Zalina memberitahu mahkamah bahawa Anwar diperiksa oleh dua orang doktor HKL iaitu Dr Jayaendran dan Dr Hee Boon Leong yang bertugas pada masa itu di hospital berkenaan.

Dalam keterangannya lagi, Zalina telah menulis sepucuk surat kepada ASP Jude Preiera berkenaan laporan pemeriksaan perubatan Anwar yang telah siap untuk tindakan lanjut.

Pendakwaraya II Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Zalina adakah terdapat bantahan terhadap laporan tersebut, tetapi Zalina menjawab tiada.

Ketika diperiksa, Anwar ditemani oleh Naib Presiden PKR waktu itu, Sivarasa Rasiah yang juga ahli parlimen Subang.

ASP Jude pula naik ke kandang saksi bagi disoal balas pasukan peguambela, Karpal Singh.

Karpal bertanya kepada Jude, mengapa dia meminta sampel kuku Anwar sedangkan laporan perubatan telah pun disediakan pihak hospital.

Jude menjawab, ia adalah sebagai rujukan terhadap laporan yang telah siap untuk diteliti olehnya dan permintaan daripada pasukan pendakwaan.

Laporan perubatan diserahkan oleh Dr Zalina kepadanya pada 2009.

Jude seterusnya memberitahu bahawa terdapat dua laporan perubatan Anwar berada dalam simpanannya.

Laporan perubatan pertama ditandatangani oleh Dr Jayaendran dan laporan kedua oleh Dr Hee.

Bagaimanapun, tidak ada satu laporan perubatan pun yang ditandatangani oleh kedua-dua doktor berkenaan pada kedua-dua laporan tersebut!

Karpal mempersoalkan bagaimana laporan tersebut tidak ditandatangani kedua-dua doktor pada kedua-dua laporan perubatan bagi tujuan pengesahan (cross-signature verification)?

Tidakkan pelik namanya atau ada sesuatu yang cuba disembunyikan?

Ini bercanggah dengan kod amalan doktor perubatan yang mensyaratkan bahawa setiap laporan perubatan yang ingin dikeluarkan untuk tujuan perbicaraan di mahkamah perlu mendapat tandatangan kesemua doktor yang terbabit menjalankan pemeriksaan ke atas mana-mana pesakit, yang menuduh (Saiful Bukhari) dan yang dituduh (Anwar)!

Jude tidak menjawab persoalan yang dikemukakan Karpal.

Timbalan Pendakwaraya (DPP) Nordin Baharudin bertanya kepada Jude adakah laporan tersebut diserahkan kepada pihak Anwar, Jude menjawab ia telah dserahkan kepada peguam Anwar, Sankara Nair, tetapi menjelaskan hanya salinan sahaja yang diberikan.

Jude turun dari kandang saksi dan kini saksi pendakwaraya Sarjan Ahmad Abdullah mengambil tempat.

Ahmad memberitahu mahkamah bahawa dia telah diarahkan oleh ASP Jude untuk menghantar salinan laporan perubatan tersebut kepada pejabat peguam Anwar, Sankara Nair dengan segera.

Ahmad turun dari kandang saksi dan tiba giliran saksi bantahan kedua, Dr Jayaendran memberi keterangan.

Dr Jayaendran memberitahu mahkamah bahawa dia telah bertugas di HKL sejak 1996 dengan bidang tugasnya sebagai memeriksa pesakit dan memberi pendapat kedua apa yang perlu pesakit lakukan setelah disahkan menghidap penyakit tertentu.

Pengalamannya dalam bidang perubatan telah menjangkau 30 tahun dan 18 tahun berkhidmat sebagai doktor perunding (consultant).

DPP Nordin bertanya, adakah Dr Jayaendran memeriksa Anwar pada 16 Julai 2011? Jawabnya ya.

Dr Jaya memberitahu bahawa polis memintanya memeriksa Anwar yang dibawa selepas soal siasat dengan ditemani Sivarasa sebagai saksi Anwar semasa pemeriksaan dijalankan.

Dia menambah, semasa pemeriksaan dijalankan, Dr Hee (Boon Leong) ada bersamanya dan menerangkan kepada Anwar pemeriksaan yang bakal dilakukan.

Karpal meminta mahkamah supaya penjelasan Dr Jaya seterusnya dijalankan menggunakan visual kamera dan hakim Zabidin Mohd Diah membenarkan.

Tidak dapat dinafikan bahawa laporan perubatan yang tidak ditandatangani oleh kedua-dua doktor terhadap dua laporan perubatan menunjukkan bahawa ia tidak mustahil boleh dimanipulasikan atau dipinda oleh polis demi untuk memastikan Anwar tetap didakwa walaupun berlaku kecacatan dalam prosedur mereka sendiri.

Zabidin selepas meneliti keterangan menggunakan kamera memutuskan bahawa keputusan perbicaraan akan diumumkan pada 23 dan 24 November 2011 jam 9.40 pagi.

Mahkamah ditangguhkan jam 11:56 pagi. (JP)

Baca lagi laporan kes hari ini:
Empat saksi pendakwa gagal cabar keterangan pakar

Saksi akui dua laporan perubatan Anwar




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: