Kata Karpal, keterangan Perdana Menteri tentang apa yang berlaku ketika pertemuan itu akan membantu mahkamah dalam perbicaraan ini.
Peguam berkata afidavit Najib ada menyebut bahawa Perdana Menteri telah menasihati Saiful agar membuat laporan polis selepas dia mendakwa pada 24 Julai bahawa Anwar telah meliwatnya.
“Adalah perlu untuk memperoleh keterangan daripada Perdana Menteri berkenanan keadaan fikiran SP1 (Saiful) dan sama ada dia takut atau sama ada Perdana Menteri kemungkinan mengharapkan SP1 akan mematuhi nasihat beliau,” kata Karpal (gambar).
“Sudah pasti, seseorang akan mematuhi nasihat personaliti tidak kira pangkat, terutama seorang timbalan perdana menteri (ketika itu), yang nasihatnya diperoleh,” katanya.
Tetapi peguam-peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor berhujah bahawa keterangan kedua-dua mereka tidak relevan dalam kes Anwar.
Datuk Hisyam Teh, peguam mewakili Najib dan Rosmah berkata, Ketua Pembangkang telah gagal menyediakan bukti bahawa keterangan kedua-dua mereka adalah penting.
Anwar dalam afidavit balas mendakwa Rosmah berada dalam kedudukan untuk memberi keterangan yang relevan, yang akan membantu dalam prosiding ke atasnya.
Katanya, peguam-peguamnya ada menemu bual rakan Rosmah Datuk Mumtaz Begum Jaafar dan beliau telah mengatakan bahawa ada satu mesyuarat antara kawan rapat Saiful, Muhamad Rahimi Osman dan Rosmah.
Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusan Khamis ini.
Perbicaraan akan diteruskan esok (hari ini) dengan pasukan pembela akan memanggil Lim Kong Boon iaitu Ketua Pengarah Jabatan Kimia.
sumber klik sini
0 respon:
Catat Ulasan