Jumaat, 14 Oktober 2011

Adoi, FELDA disaman lagi, kini di Terengganu

KUALA TERENGGANU - Seramai 77 peneroka dari Felda Kerteh 2 dan 3 di sini memfailkan tuntutan di Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, bagi menuntut ganti rugi RM1.3 juta berhubung kegagalan Felda membayar semula wang caruman yang disimpan peneroka di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan agensi itu.








Pengerusi Badan Bertindak Pewaris Bumi Wilayah-wilayah Ketengah, Kesedar, Kejora dan Keda (Waris), Roslan Ismail mendakwa, tuntutan melalui undang-undang terpaksa diambil setelah usaha secara rundingan dengan cara diplomatik dengan pihak Felda sebelum ini menemui jalan buntu.

“Sepatutnya peneroka terlibat menerima wang caruman itu sejak 20 tahun lalu, namun sehingga hari ini, hak mereka dinafikan oleh agensi itu walaupun pelbagai cara telah dibuat melalui rundingan dan sebagainya.

“Jadi, kami terpaksa mengambil jalan terakhir dengan cara tuntutan melalui undang-undang dan diharapkan perjuangan ini bukan sahaja membuktikan peneroka sudah berani, malah ia dapat memberi satu amaran kepada pihak Felda,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah di sini, semalam.

Roslan mendakwa, setiap peneroka mempunyai hak untuk mendapatkan kembali wang tabung tanaman semula tersebut sebanyak RM17,000 iaitu (RM1,700 x 10 ekar) daripada Felda, meskipun mereka memilih untuk menanam semula tanaman kelapa sawit secara persendirian.

Antara pernyataan tuntutan yang diserahkan semalam, peneroka (plaintif) memohon suatu deklarasi bahawa plaintif berhak menanam semula secara sendiri tanpa melalui Felda (defendan) dan juga berhak diberikan wang sebanyak RM17,000 setiap seorang oleh defendan sebagai perbelanjaan wang tanam semula.

Turut dituntut, suatu deklarasi bahawa tindakan defendan menghalang atau menyekat pemberian wang tanam semula sebanyak RM17,000 setiap plaintif adalah tindakan yang tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai sebarang kesan dan tidak berperlembagaan.

Suatu perintah mengarahkan defendan membayar RM17,000 setiap seorang daripada tabung tanam semula kepada plaintif dalam masa tujuh hari daripada perintah ini dikeluarkan.

Pernyataan lain adalah satu deklarasi bahawa tindakan defendan menetapkan urusan tanam semula ladang atau kebun peneroka dikendalikan sepenuhnya oleh defendan sendiri, atau oleh anak syarikatnya adalah satu tindakan yang tidak sah, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Selain itu, plaintif turut menuntut ganti rugi teladan dan melampau, faedah dan ganti rugi dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh dan kos-kos lain.


sumber klik sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: