Beliau menyifatkan wakil rakyat tiada pilihan kecuali mendampingi kaedah tradisional dan alaf baru untuk berkomunikasi dengan berkesan dan efektif.
Malah beliau juga dilihat sebagai antara ahli politik BN yang progresif mengikut peredaran semasa. Beliau dilihat memberi pandangan-pandangan secara jujur mengenai keperluan rakyat meskipun ada pihak dalam partinya sendiri kurang senang dengan perkembangan tersebut. Malah ada yang meminta tindakan dikenakan ke atas ahli politik sepenuh masa berusia 50 tahun ini.
Ketika ditanya The Malaysian Insider ketika kunjungan ke bahagian Parlimen sempena Ramadan baru-baru ini, Saifuddin mempunyai sebab dan alasan.
“Berbanding tahun 1970-an dan sekarang, kita kena menerima hakikat bahawa landskap demografi sudah mengalami perubahan, jadi kita perlu menyesuaikan dengan perubahan dan menggunakan cara komunikasi yang berbeza,” kata Saifuddin.
Saifuddin Abdullah ketika meluangkan masa bersama pegawai pejabatnya dan parti di sebuah restoran di Temerloh selepas solat tarawih baru-baru ini. — Foto oleh G ManimaranSaifuddin, yang menulis buku Politik Baru dua tahun lalu menggambarkan demografi semasa dalam dua bentuk. Pertama, mereka yang kekal berada dalam lingkungan tradisional dan kedua, kelompok masyarakat yang berada di luar kawasan Temerloh yang terdedah kepada pelbagai maklumat dan ruang sosial.
“Jadi, dalam politik baru ini kita kena menghadapi kedua-dua kelompok, jadi kita menggunakan cara yang berlainan untuk mendekati mereka. Kita tiada pilihan jika mahu mendengar suara mereka,” kata beliau.
Akhir tahun lalu Saifuddin mengeluarkan buku kecil berjudul “3M 2.0: Menyelamai Minda Muda — Pendidikan, Partisipasi & Politik”.
Bertolak daripada perkembangan tersebut, kata beliau, BN boleh mempertahankan kerusi Parlimen Temerloh dengan tetapi tidak menolak kemungkinan persaingan politik berdasarkan landskap politik semasa.
Pada pilihan raya umum ke-12 BN meletakkan sasaran majoriti 5,000 undi selepas menang dengan kelebihan 12,000 undi pada pilihan raya umum 2004. Pada 1999 - era reformasi, ketika kerusi Parlimen ini dikenali sebagai Mentakab dan BN mengekalkannya dengan kelebihan 243 undi.
Mengikut perkembangan semasa, Temerloh mempunyai sekitar 59,000 pemilih berbanding 54,010 tiga tahun lalu. Satu peningkatan sebanyak 5,000 pemilih baru.
Tiga tahun lalu, BN yang mengekalkan kerusi Parlimen turut menang di dua daripada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Mentakab dan Lancang. PAS menang kerusi Kuala Semantan.
Pada pilihan raya umum 2008, Saifuddin menewaskan Ahmad Nizam Hamid dari PKR dengan kelebihan 2,441 undi.
DUN Mentakab dimenangi oleh Chua Boon Seong dari MCA dengan kelebihan 2,439 undi, Mohd Sharkar di kerusi Lancang dengan kelebihan 2,139 undi. Syed Hamid Syed Mohamed dari PAS menang di Kuala Semantan dengan memperoleh majoriti 932 undi.
“Kali ini peluang kami cukup baik, tetapi persaingan tetap wujud, tidak dapat dinafikan,” kata Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.
Kerusi Parlimen Temerloh terdiri daripada 65 peratus pemilih kalangan orang Melayu, 25 peratus Cina, sembilan peratus India dan baki satu lain-lain. Kawasan ini juga mempunyai pengundi kalangan Orang Asli.
Sekiranya memperoleh 55 peratus undi orang Melayu, India 65 peratus dan Cina 20 peratus, secara kasar, Saifuddin meramalkan, “kami boleh memperoleh majoriti minimum 3,000 undi.
sumber klik sini
- SILA BACA SYARAT & PENAFIAN KOMEN SEBELUM MEMBUAT ULASAN
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan