Jumaat, 30 September 2011

ADUN Nafi klip video aksi asmara

SHAH ALAM - Susulan paparan klip video seks didakwa berlaku di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan (Adun) Kota Anggerik, Yaakob Sapari oleh sebuah blog sebelum ini, satu laporan polis dibuat oleh pegawai khas wakil rakyat itu, semalam.

Laporan itu dibuat jam 10.50 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dan turut disertai pegawai Pusat Khidmat terbabit dan beberapa anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK).








Pegawai Khas Yaakob Sapari, Rezwan Alias berkata, pihaknya menafikan tuduhan blog tersebut dan mendakwa dakwaan terbabit bertujuan mencemar reputasi baik wakil rakyat Kota Anggerik itu.

Menurutnya, tuduhan tersebut adalah palsu berdasaran dekorasi bilik dalam klip video terbabit berbeza berbanding dekorasi asal pejabat Pusat khidmat Adun Kota Anggerik yang difahamkan tidak pernah berubah sejak dibuka pada 2008 lalu.

Beliau turut menafikan dakwaan blog tersebut bahawa kakitangan pusat khidmat itu terbabit dalam klip video berkenaan.

“Kita menyangkal dakwaan entri blog terbabit bahawa kakitangan pusat khidmat Adun Kota Anggerik terlibat dalam video itu kerana dekorasi dalaman tidak sama seperti yang dipaparkan dalam video tersebut.

“Maka kami minta agar polis segera mengambil tindakan wajar ke atas blog berkenaan kerana ia dilihat satu strategi untuk menjatuhkan kredibiliti Yaakob Sapari,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, terdapat tiga kakitangan yang bekerja dalam pusat khidmat terbabit iaitu seorang wanita manakala dua lagi lelaki.

“Kami mahu blog terbabit membuang artikel dan video tersebut dengan segara bagi mengelakan sebarang tindakan susulan,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Khas Pusat Khidmat Adun Kota Anggerik, Syamsul Firdaus berkata, pada hari kejadian, hanya beliau seorang sahaja yang berada dalam pejabat, manakala kakitangan yang lain cuti sakit.

Menurutnya, dakwaan tersebut berniat jahat untuk memburukkan nama baik Adun Kota Anggerik yang juga salah seorang Exco Kerajaan Negeri.

Klip video bertarikh 19 September itu memaparkan aksi seorang lelaki dan wanita sedang melakukan aktiviti tidak senonoh dalam sebuah pejabat dengan tajuk entri ‘Video Klip Skandal Dalam Pejabat Adun Kota Anggerik Shah Alam’

Sebelum ini, Yaakob telah membuat penafian pendedahan yang dibuat blog berkenaan dan menyifatkan perbuatan itu sebagai satu cubaan untuk memburukkan imej beliau dan kakitangannya.

sumber sini




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: