Isnin, 11 Julai 2011

Pelacur ditahan ketika ‘beraksi’

JOHOR BAHRU: Sindiket pelacuran di bandar raya ini dikesan mula menjadikan kawasan perumahan berpagar yang dikawal pengawal keselamatan sebagai lokasi rahsia menjalankan kegiatan tidak bermoral itu bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.







Malah, sindiket itu juga dikatakan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memilih pelanggan terpilih saja yang akan dihubungi menerusi telefon bimbit untuk mengelak ditahan pihak berkuasa. Taktik terbaru itu bagaimanapun terbongkar selepas sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Johor menyerbu sebuah rumah mewah di Taman Setia Indah di sini, semalam. Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam hasil maklumat awam dan risikan itu, empat wanita warga Thailand ditahan ketika sedang asyik 'beraksi' bersama pelanggan masing-masing.

Pegawai Turus, Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Deputi Superintendan Mohammad Abd Hamid, berkata serbuan itu dilakukan selepas mendapat maklumat wujudnya kegiatan pelacuran di sebuah rumah lot tepi perumahan itu.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa memecahkan pintu rumah dan satu daripada tiga bilik di tingkat atas digunakan sebagai tempat melepaskan nafsu pelanggan sarang pelacuran terbabit.

"Kita percaya tempat ini baru beroperasi selama dua bulan dan mereka (pengendali sindiket) hanya berurusan dengan pelanggan yang berminat menerusi panggilan telefon sebelum mereka diberikan alamat lokasi terbabit.
"Bayaran pula terus diberi kepada wanita terbabit tanpa membabitkan anggota sindiket," katanya.

Difahamkan, setiap wanita terbabit mengenakan bayaran antara RM100 hingga RM150 bagi sekali perkhidmatan, manakala rumah terbabit turut memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Selain menahan empat wanita warga Thailand berusia 20 hingga 31 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan tidak bermoral, kita turut menahan empat lelaki warga tempatan, dipercayai pelanggan wanita terbabit, selain menemui sebuah tin dipenuhi kondom di ruang tamu rumah berkenan.

"Ini menunjukkan sindiket itu tidak takut menjalankan kegiatan mereka kerana yakin ia tidak dapat dihidu polis," katanya.

Beliau berkata, semua empat warga asing terbabit ditahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan pelacuran.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di sebuah premis menawarkan judi haram dalam talian dan mesin slot di Taman Ehsan Jaya, di sini pada kira-kira jam 1 pagi semalam, Mohammad berkata, pihaknya merampas 44 mesin judi dan menahan seorang lelaki dipercayai pelanggan pusat judi haram itu.







RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: