Jumaat, 3 Jun 2011

Sah Umno Guna Fitnah Jatuh Lawan

KUALA LUMPUR 1 JUN : Pertubuhan bukan kerajaan, Saf Anti Fitnah (SAF) kini bertambah yakin Umno menggunakan politik fitnah untuk menjatuhkan seteru politik mereka, terutama sekali melalui saluran media yang memihak kepada mereka.






“Rakyat semua faham betapa negara ini menyaksikan pendedahan dan manipulasi berita dilakukan dengan cara paling menjijikkan dalam akhbar bila berkait dengan pendakwaan ke atas (Ketua Pembangkang di Parlimen) Datuk Seri Anwar (Ibrahim).

“SAF semakin yakin betapa Umno nampaknya jelas mengabsahkan fitnah sebagai cara menjatuhkan lawan bila pernyataan Pengerusi Umno (Selangor) Datuk Seri Noh Omar mengiakan perlakuan mengedarkan video lucah tidak harus menjadi masalah kepada pembangkang jika ia boleh menyebabkan rakyat marah kepada Umno,” kata Pengerusi SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid hari ini mengulas hasil Wacana Fitnah Ancaman Ummah Akhir Zaman yang diadakan semalam.

Wacana yang dianjurkan Sinar Harian semalam membariskan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassn dan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin di pentas yang sama.

Hasil wacana itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata, Pemuda PAS dan Umno boleh bersaing di pentas politik secara sihat tanpa perlu menggunakan fitnah sebagai senjata untuk menjatuhkan antara satu sama lain.

Sehubungan itu katanya, pihaknya mahu satu penyertaan dalam pilihan raya secara adil dan telus dengan membekalkan peluang dan ruang yang sama rata, lapor portal The Malaysian Insider.

“Kemukakan polisi untuk meyakinkan rakyat dalm mencari sokongan jangan kemukakan polis untuk memaksa dan mendesak rakyat menyokong kita,” kata beliau.

“ Insya-Allah, semoga budaya intelektual sebegini akan terus subur sehingga meletakkan kita semua sebati dengan tindakan berasaskan hujah dan fakta bukan fitnah dan tohmah.

“Jika ada pertuduhan, silakan namun lampirkan bukti yang benar. Sejurus bukti dikemukakan, pihak berwajib bertindaklah sewajarnya, jangan membuat pendakwaan terpilih berasaskan kecenderungan dan kepentingan pihak tertentu,” kata beliau lagi.

Justeru soal Mohd Azmi, “adakah ini pendirian rasmi Umno dalam hal pengedaran video lucah untuk mengaibkan lawan?”

“Apakah ini juga bermakna pihak parti lawan boleh bersetuju dengan mana-mana pihak yang menentang Umno sama ada orang luar atau orang dalam, boleh melakukan hal yang sama (mengedar video lucah) terhadap pemimpin Umno?” katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Oleh itu, kata beliau, sejak dari awal SAF ditubuhkan pihaknya melihat isu sebenar di pihak Umno bukan untuk melihat kebenaran dan menegakkan keadilan, tetapi lebih untuk membunuh lawan dengan apa cara sekalipun termasuk dengan cara mengaibkan lawan.

“Dengan sebab itu kami sangat menghendaki agar rakyat jangan diperbodohkan dan diracuni dengan kempen politik yang melampaui batas sehingga masing-masing membalas dengan cara yang juga tidak bermoral.

“Jelas undang-undang sivil yang sepatutnya dikuatkuasakan itupun tidak dilaksanakan dalam hal pengedaran video lucah menyebakan masyarakat sangsi terhadap pihak berkuasa yang nampak bersekongkol untuk membenarkan fitnah disebarkan secara berleluasa,” katanya lagi.

Mohd Azmi berkata, sementara SAF menyambut kedua-dua ketua Pemuda Umno dan PAS yang mahu menolak politik fitnah, tetapi juga mahu agar janji itu dikotakan dalam bentuk tindakan nyata dan bukan hanya pernyataan kosong semata-mata.

Sambil menggariskan beberapa kes bersifat fitnah sejak kebelakangan ini, beliau berkata, nampaknya ada keghairahan luar biasa untuk pihak yang dituduh diserang habis-habisan dalam bentuk fitnah yang melampaui batas hukum agama mahupun hukum sivil.

Kata beliau, SAF juga mahu melihat kesungguhan Khairy menyatakan hal ini secara berterus terang kepada pucuk kepimpinan Umno.

“Soal yang menjadi keprihatinan SAF ialah isu Datuk Seri Anwar nampaknya mendapat fokus yang sangat keterlaluan dalam media arus perdana dan semacam mendapat restu pimpinan Umno untuk menghukum beliau secara terang-terangan sebelum beliau diberi peluang untuk membela diri,” kata Mohd Azmi lagi.

Sementara memang kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu penuh persoalan dan dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak dan sangat memerlukan penjelasan daripada pihak perdana menteri sendiri, kata beliau, pihak yang mendakwanya juga perlu menghentikan tuduhan jika tidak mempunyai bukti.

“Di mata khalayak ramai, pembabitan pembantu perdana menteri dan dua orang pengawal peribadi beliau telah menimbulkan banyak kekeliruan dan tanda tanya mengenai kes tersebut kerana catatan imigresen terhadap mangsa yang masuk secara rasmi ke dalam negara tiba-tiba dihilangkan sepenuhnya.

“Namun dalam hal tuduhan zina dan liwat, layanan yang berbeza telah diberikan dalam pemberitaan di media massa terutama media arus perdana,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, kata beliau, dalam proses pembicaraan Anwar sendiri telah menyebabkan pendedahan yang dikehendaki oleh pimpinan Umno terhadap beliau dalam media massa arus perdana diolah sebegitu rupa sehingga beliau dan keluarganya diaibkan.

“Hal inilah yang membuat SAF melihat gelagat surat khabar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Kosmo serta TV3 dan RTM sebagai agensi penyiaran yang tidak objektif dan tidak menjaga tatasusila moral dalam pemberitaan bila mereka turut menjadi penyebar fitnah secara terang-terangan tanpa batas,” katanya lagi.

Dalam ulasannya, Mohd Azmi menambah, SAF memang bersependapat dengan Asri bahawa kedua-dua pihak harus konsisten dalam mengekang fitnah akan tetapi beliau tidak harus naif dalam melihat tabiat dan cara pimpinan yang berada dalam gebuk kuasa beria-ia benar untuk membunuh musuh politik dengan cara paling tidak bermoral termasuk mengguna seluruh agensi pemerintah untuk melakukan asasinasi peribadi terhadap lawan. TVSNEWS

DALAM PERKEMBANGAN LAIN

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu Sinar Harian terus mengekalkan konsep neutral dan menerapkan profesionalisme kewartawanan yang tinggi dalam setiap liputan.

Titah baginda, seiring slogan ‘Telus dan Tulus’, penyiaran akhbar ini hendaklah tidak menyebelah mana-mana pihak, sebalik­nya memberikan informasi tepat mengenai keadaan semasa negara, khususnya di negeri Selangor.

“Beta membaca Sinar Harian setiap hari dan mahu akhbar ini lebih menonjolkan berita mempunyai nilai pendidikan, motivasi dan kemanusiaan,” titah baginda ketika merasmikan bangunan baru, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi dan Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.

Baginda bangga dengan Karangkraf yang bermula dari syarikat kecil, tetapi kini menjadi penerbit dan pencetak utama di negara ini.

“Beta yakin syarikat mampu sumbang ke arah pembentukan pemikiran masyarakat murni. Beta berbangga kerana hasil kreatif syarikat ini mampu integrasikan kaum di Malaysia.

“Sifat tidak mengenal putus asa harus sentiasa disemat di hati, meskipun terdapat banyak persaingan, namun usaha dan tawakal, insya-Allah segala diimpikan menjadi kenyataan,” titah baginda.

Baginda yakin dengan terbinanya bangunan baru itu, akan menyuntik semangat pihak pengurusan dan warga kerjanya untuk terus menghasilkan bahan bacaan dan maklumat terkini.

“Bahan ini akan memberi manfaat kepada seluruh masyarakat seterusnya menjana kemajuan serta kesejahteraan rakyat Selangor khasnya dan Malaysia amnya,” titah baginda.

Dalam kunjungan lebih dua jam itu, baginda berkenan menyaksikan operasi di jabatan editorial, grafik, foto serta melihat kecanggihan teknologi percetakan yang membolehkan bahan paling terkini dicetak dalam masa yang singkat.

Baginda menekan suis mesin mencetak edisi khas Sinar Harian dengan berita dan gambar terkini perasmian yang baru dirakamkan kira-kira 30 minit.

(sinarharian - Harapan Sultan Selangor)

PBO:

yang tak cerdik-cerdik blogger pro UMNO yang menjana fitnah setiap hari






RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: