Jumaat, 3 Jun 2011

Muslimat : Kekalahan PAS Dalam Beberapa Pilihan Raya Kecil Satu Pengajaran

SHAH ALAM 2 JUN : Kekalahan yang dialami PAS pada beberapa pilihan raya kecil dan pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini seharusnya memberi pengajaran kepada parti bahawa tiada jalan pintas untuk memenangi sesuatu perjuangan, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Nuridah Salleh.






Beliau berkata kekalahan itu hendaklah menjadi iktibar termasuk kepada muslimat agar terus berjuang bersungguh-sungguh dan gigih dalam menerapkan agenda perjuangan PAS dalam kalangan pengundi.

"Mana mungkin pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan PAS dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya lapan ke 10 hari berkempen?

"Kalaulah setakat beramai-ramai memenuhi markas-markas dan bilik-bilik gerakan PAS tetapi tidak pergi menemui para pengundi, hanya berbekalkan poster dan kibaran bendera, janganlah diimpikan kemenangan akan datang bergolek," katanya dalam ucap utama pada Muktamar Dewan Muslimat PAS ke-51 di sini hari
ini.

Muktamar itu dirasmikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Nuridah menggesa perwakilan serta anggota Muslimat supaya melipat gandakan usaha untuk memenangi hati pengundi dalam menghadapi pilihan raya umum yang semakin hampir.

Beliau meminta perwakilan Muslimat agar menawan hati pengundi melalui penerangan dan dakwah yang beradab dan berhemah.

Katanya muslimat PAS perlu lebih cergas dan bijak mencari peluang untuk menjelaskan perubahan dan pembaikan yang dilakukan terhadap negeri-negeri di bawah pemerintahan pakatan PAS, DAP dan PKR.

"Kita memerlukan komitmen semua anggota PAS secara keseluruhan dan para muslimat merupakan komponen penting jemaah kita dalam menguruskan gerak kerja bagi mencapai kejayaan.

"Marilah kita praktikkan segala ilmu dan kepakaran pengurusan dan perjalanan pilihan raya yang telah kita jalani melalui kursus-kursus, bengkel-bengkel serta pengalaman yang dihadapi daripada semua 16 pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak yang lepas," katanya.

Nurida berkata adalah penting bagi semua anggota memberi tumpuan kepada matlamat bersama.

"Kecilkan segala salah faham yang menghalang pakatan dari bergerak maju dengan penuh kesepaduan," katanya.-tvsnews
PBO: UMNO sedang memerhati dan merencana strategi

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: