Jumaat, 8 April 2011

Pendapat: Jangan pilih bulu tubuh suruhanjaya siasat kematian

BAK kata Kunta Kinte terkejut dengan kejadian pegawai kanan kastam, Ahmad Sabrani Mohamed, yang meninggal dunia setelah jatuh bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari Rabu lalu pun tak berapa betul. Cuma, Kunta Kinte dah mangli dengan berita macam ini. Dah kerap dengar cerita orang dalam siasatan mati jatuh bangunan atau dijumpai tergantung dalam lokap.





Kita pun dah baca atau tengok dalam TV cerita Penolong Pengarah cawangan import eksport dan kawalan sempadan KDRM Selangor itu meninggal dunia jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane. Kita pun dah tahu yang Allahyarham Ahmad Sabrani antara yang terlibat membantu siasatan bersangkutan kegiatan rasuah melarikan cukai dan pengubahan wang haram (money laundering).

Yang menarik perhatian Kunta Kinte adalah tindak balas yang berbeza bila kejadian macam ini timpa bangsa atau kaum yang berlainan. Kalau yang jatuh bangunan atau meninggal dunia dalam tahanan itu Melayu, selalunya keluarga mahu semua urusan diselesaikan segera dan tuntut mayat untuk dikebumikan.

Pada mereka apa yang berlaku itu adalah suratan takdir. Ada kes di kalangan orang Melayu yang meninggal dunia dalam tahanan, tak disiasat apatah lagilah
dipertikai.

Kalau tak silap Kunta Kinte, jarang sangat inkues dibuat bagi menentukan punca kematian. Selalunya laporan doktor sudah memadai bagi keluarga dan waris.

Kunta Kinte pun tak begitu pasti punca, sikap atau reaksi macam ini. Mungkin mereka tidak mahu memanjangkan cerita.

Boleh jadi juga keluarga dan waris pasrah dan akur kepada hakikat bahawa ia membabitkan soal undang-undang.

Tapi lain pula halnya dengan masyarakat Cina dan India. Bila kes macam ini timpa keluarga mereka, mula-mula sekali mereka akan syak yang si mati temui
ajal kerana perbuatan salah atau ‘foul play’ pihak yang menahannya.

Tak kiralah si mati itu ada rekod jenayah atau tidak. Yang penting kepada keluarga dan waris adalah dia mati dalam tahanan. Selalunya mereka tak percaya laporan doktor. Jadi mereka tuntut dibuat inkues macam inkues kematian pekerja DAP, Teoh Beng Hock yang jatuh bangunan SPRM di Shah Alam pada 2009.

Selalunya keputusan inkues diketuai oleh seorang majistret dan keputusannya diterima oleh semua pihak. Dalam banyak inkues, hakim akan buat keputusan mengenai punca kematian. Tapi ada juga kes yang hakim tak boleh tentukan punca kematian dan dia buat keputusan terbuka atau ‘open verdict’ macam dalam kes Teoh.

Oleh kerana Teoh seorang pekerja sebuah parti politik dan kematiannya disensasikan oleh kalangan politik, badan-badan bukan kerajaan dan media massa, maka keputusan ‘open verdict’ itu tak diterima.

Kunta Kinte tak tahu sama ada kerana kerajaan tunduk kepada tekanan atau kerana kerajaan sendiri nak tahu sebab sebenar kematian Teoh maka ditubuhkanlah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat punca kematiannya.

Kunta Kinte kata, alang-alang seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Jadi Kunta Kinte nak cadangkan agar suruhanjaya itu atau sebuah suruhanjaya
yang serupa siasat semua kes-kes mati dalam tahanan yang inkues bagi ‘open verdict’.

Jangan buat kepada seorang atau satu kaum saja. Buat kepada semua orang tak kira Cina, India, Melayu, Kadazan, Iban atau Orang Asli dan tak kira sama ada keluarga mereka minta atau tidak.

Nyawa, tak kira nyawa Cina, nyawa India, nyawa Melayu, nyawa Kadazan, nyawa Iban atau nyawa Orang Asli sama saja harganya iaitu tak ternilai. Jadi janganlah kerana kuasa politik atau kuasa duit, nyawa sesuatu bangsa atau kaum tertentu saja dibagi nilai yang lebih tinggi.

Jadi, Kunta Kinte harap kematian Allahyarham Ahmad Sabrani disiasat dengan serapi-rapinya dan dibuat inkues. Kalau inkues bagi ‘open verdict’ sila serah kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja. Kalau nama raja diguna untuk cari keadilan bagi si mati berbangsa Cina, gunakanlah juga nama raja untuk cari keadilan bagi si mati Melayu, Iban, Orang Asli, Kadazan dan India, barulah adil, barulah 1Malaysia.

Dalam itu, Kunta Kinte nak sebut juga pasal orang yang buat kerja tak fikir panjang dan ikut nafsu tamak haloba. Bila buat kerja tak fikir panjang, ikut
nafsu dan tamak haloba, maka bila tersepit mereka bertindak pun tak fikir panjang dan ikut nafsu.


sumber klik sini



sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: