Isnin, 12 Disember 2022

Gaji dan elaun ahli parlimen memang melampau!

  • BANYAK warganet mengulas apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyentuh mengenai bebanan kewangan yang kerajaan terpaksa tanggung kerana pembayaran emolumen (gaji) dan pencen kepada penjawat awam.
  • Antara komen warganet yang paling terbaik dibaca ialah tulisan ini: “Bayaran pencen yang paling membebankan kerajaan sebenarnya ialah kepada ahli politik, iaitu lebih tinggi elaun daripada gaji!”
  • Elaun ini khususnya untuk jawatan Perdana Menteri, timbalan perdana menteri, menteri besar, ketua menteri, menteri, Exco, ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
  • Sepatutnya mereka bukan penjawat awam dan hilang kelayakan daripada menerima skim pencen kerana hanya memegang jawatan selama 60 bulan.
  • Mereka sepatutnya tidak layak menerima pencen penuh, berbanding dengan kakitangan awam yang perlu bekerja selama 240 bulan untuk memenuhi syarat dapat menerima pencen.
  • Cuba lihat contoh emolumen untuk seorang Menteri Kabinet:
  • 1) Gaji asas = RM18,000. 2) Elaun keraian = RM10,500. 3) Elaun perumahan = RM10,800. 4) Elaun rakyat = RM10,650. 5) Elaun tempat letak kereta = RM10,650.
  • Sebenarnya mereka tidak membayar untuk meletak kenderaan itu kerana menggunakan kenderaan rasmi.
  • Selain itu, kerajaan juga terpaksa membayar emolumen sebanyak RM16,000 sebulan kepada 222 ahli Dewan Rakyat dan RM11,000 sebulan kepada 70 ahli Dewan Negara.
  • Bayangkan setiap pilihan raya (sekali setiap lima tahun) wakil yang dipilih berubah dan mereka semua hidup lama, berapa kos pencen untuk bekas wakil yang dipilih?
  • Ini lebih membazir dan membebankan berbanding penjawat awam yang berada pada gred rendah seperti pembantu umum Gred 11 dengan gaji hanya RM1,216 dan selepas berkhidmat lebih 30 tahun, gajinya adalah serendah RM2,983.
  • Jadi, pencen hanya berjumlah RM1,491.50 sebulan selama 15 tahun (selepas usia 60 tahun), jika kita mengambil jangka hayat rakyat Malaysia sehingga 75 tahun.
  • Nota 1: Elaun tempat letak kereta kenderaan menteri lebih tinggi daripada gaji Gred 44!
  • Nota 2: Jika gaji gred terendah pekerja kerajaan adalah RM1,500 termasuk elaun, maka gaji seorang menteri bersamaan dengan 37 pembantu umum Gred 11.
  • Ahli-ahli politik yang memegang jawatan, kononnya untuk membela nasib rakyat, sebenarnya hanya mempertahankan nasib mereka sendiri.
  • Ini mesti diperbetulkan. Ini belum termasuk ahli politik yang mengambil kesempatan daripada peluang-peluang lain untuk membuat keuntungan.
baca banyak lagi mennarik: baca di sini.

Ahad, 11 Disember 2022

19 Disember ujian terbesar Anwar selepas bentuk Kabinet

  • UNDI percaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menguji keabsahannya sebagai Perdana Menteri pada 19 Disember ini adalah ujian besar beliau selepas melengkapkan pembentukan Kabinet Kerajaan Perpaduan, yang menyaksikan Pakatan Harapan (PH) mendominasi senarai dengan 28 jawatan termasuk 15 menteri.
  • Sama ada parti-parti menyokongnya sebagai Perdana Menteri puas hati dengan pengumuman itu bergantung kepada pengiraan undi percaya menyebelahi Ahli Parlimen Tambun berkenaan atau sebaliknya setelah 222 ahli Parlimen perlu mengundi secara rahsia untuk bersetuju atau tidak.
  • Setakat ini, berdasarkan jumlah tidak rasmi, Anwar mempunyai 148 sokongan atau cukup dua pertiga iaitu melibatkan PH yang mempunyai 82 kerusi, Barisan Nasional (30 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (23 kerusi), Gabungan Parti Sabah (enam kerusi), Parti Warisan Sabah (tiga kerusi), Parti Bangsa Malaysia (satu kerusi) dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (satu kerusi) serta dua wakil rakyat Bebas.
  • Perikatan Nasional (PN) pula yang memutuskan tidak menyertai Kerajaan Perpaduan mempunyai 74 kerusi Parlimen.
  • Jika melihat senarai Jemaah Kabinet diumumkan Anwar, PH selaku parti tunggak Kerajaan Perpaduan menguasai senarai yang membabitkan 15 menteri dan 13 timbalan menteri, diikuti BN iaitu 12 jawatan termasuk enam menteri.
  • GPS pula diberikan 11 jawatan (lima menteri dan enam timbalan menteri) manakala GRS mendapat enam tempat (satu menteri dan lima timbalan menteri) seterusnya Warisan memperoleh satu jawatan timbalan menteri.
  • Sementara itu, PBM dan KDM masing-masing yang mempunyai seorang wakil dalam Parlimen dan turut bersama Anwar tidak diberikan tempat dalam Kabinet. Begitu juga nasib sama dialami dua wakil Bebas iaitu Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda dan Ahli Parlimen Tenom, Riduan Robin.
  • Sehingga kini, Presiden PBM, Datuk Larry Sng menyatakan kekecewaan kerana tiada wakilnya iaitu beliau sendiri sebagai Ahli Parlimen Julau tidak berada dalam Kabinet manakala seorang wakil rakyat KDM dan dua ahli Parlimen belum menyatakan pendirian.
https://t.me/c/1346053187/57613

Sabtu, 10 Disember 2022

Kerajaan luar tabii

  1. Apabila pemimpin PAS menggunakan istilah kerajaan perpaduan sebagai kerajaan luar tabii, aku rasa ianya cukup melampau.
  2. Kerajaan perpaduan yang mendapat restu dan izin YDPA disamakan sebagai kerajaan luar tabii? Derhaka jenis apakah ini?
  3. Luar tabii sinonim dengan kes liwat. Apakah pemimpin PAS terus-menerus mengaitkan kes Anwar Ibrahim dalam kes liwat dengan kerajaan yang beliau terajui sekarang?
  4. Tidak adakah lagi perkatan yang lebih baik dari parti Islam untuk melabel musuh politiknya?
  5. Ini kerajaan 'luar tabii' (https://www.malaysiakini.com/news/646683)
  6. Sementara itu, Tuan Ibrahim berkata, kerajaan hari ini diasaskan dalam gabungan luar tabie, melanggari semua ikrar dan sumpah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan semasa kempen. (https://www.utusan.com.my/nasional/2022/12/pas-hairan-kabinet-tiada-timbalan-menteri-agama-perpaduan/ )
  7. Nampaknya gemar sungguh puak situ menggunakan label luar tabii.
  8. Dan ketika mereka sibuk dengan luar tabii, pemimpin ini jugalah merayu kepada kerajaan persekutuan (kerajaan luar tabii seperti kata PAS) untuk tidak menminggirkan mereka.
  9. Bantu pesawah di Kedah kata Sanusi.
  10. Jangan pinggirkan kami di Kelantan kata Nik Amar.
  11. Move on ... PRU dah habis. gunalah bahasa yang lebih baik.
  12. Jangan cepat kafirkan orang. Jangan cepat tuduh orang tidak beriman. Kamu pemimpin bahagia. yang merana penyokong. bergaduh sesama umat.

Rabu, 30 November 2022

Kerajaan Anwar bakal tumbang dalam masa terdekat?

  1. DS Anwar telah "berjanji" untuk laksanakan undi percaya pada 19 Disember.
  2. Adakah ini "hero" atau malapetaka pada DS Anwar?
  3. Prinsipnya bagus, namun risikonya tetap ada.
  4. Namun aku positif DS Anwar akan mendapat undian majoriti.
  5. Cuma .... ada gerakan dari pihak tertentu untuk menumbangkan Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan yang dibentuk.
  6. Rakaman audio yang tersebar, perjumpaan beberapa ahli MP menguatkan lagi dakwaan tersebut.
  7. Akan ada "tikam belakang" dari mereka yang membentuk kerajaan perpaduan sekarang?
  8. Apakah peristiwa 20 Febrbuari 2020 akan berulang?

Selasa, 29 November 2022

Si penderhaka dan pelampau agama

  1. Blog kini kembali selepas hampir 5 tahun menyepi
  2. Akhirnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM. Bukan lagi PM tepi. Tahniah Datuk Seri.
  3. Selepas 24 tahun aku bersama perjuangan ini, jatuh bangun, terharu!
  4. Tulisan aku sebelum terjadinya peristiwa langkah sariton bahawa Kerajaan Pakatan Harapan akan tumbang sekiranya DAP dan kaum Cina tidak pandai mengawal "nafsu", akhirnya menjadi kenyataan.
  5. Disebalik pengkhianatan beberapa orang dalam PKR yang menyeberang ke Bersatu, itu satu punca, namun tindakan bodoh sesetengah mereka dalam PH sangat merugikan. Golongan pendesak inilah yang menanam bibit kebencian kepada PH sehingga kini.
  6. Kesannya, tsunami melayu pada PRU 15 telah berlaku. 49 kerusi milik lebai PAS.
  7. Lebai PAS pandai manupulasi isu Islam melayu atau golongan pendesak Cina yang membodohkan diri sendiri
  8. Kini baru tak sampai seminggu DS Anwar menjadi PM. Dong Zong pula mula tunjuk rakus. Mula desak UEC yang menjadi bola tanggung kepada lebai PAS dan melayu Bersatu.
  9. Apa Dong Zong fikir? mahu jatuhkan lagi PH?
  10. Kalau sikap ini berterusan, aku rasa 6 bulan, PH jatuh bila mana BN tarik diri.
  11. Ketika itu peristiwa langkah shariton akan kembali, kini langkah tropikana pula
  12. Mana pergi skuad penangkis tohmahan lebai PAS dan Bersatu dalam PH?
  13. Apa pihak PH tak pandai nak lawan semula selain membuat laporan polis?
  14. Enam bulan .. tunggu!!!