Jumaat, 2 November 2018

Ini semua fitnah belaka!

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan anak tirinya, Riza Aziz dirujuk dalam beberapa dokumen berhubung dakwaan ke atas ahli perniagaan kontroversi Jho Low dan beberapa tokoh perbankan kanan Goldman Sachs oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat.

Walaupun tidak namakan sepenuhnya, dokumen DOJ menyebut "Malaysian Official #1" dan menghuraikannya sebagai "pegawai peringkat tertinggi kerajaan Malaysia dan MOF (Kementerian Kewangan) pada sekitar 2009 hingga sekitar 2018 dengan kuasa peringkat tinggi untuk meluluskan keputusan perniagaan 1MDB."

Jho Low didakwa tanpa kehadirannya, bersama bekas pengerusi Goldman Asia Tenggara, Tim Leissner dan bekas pengarah urusannya, Roger Ng atas pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan berbilion-bilion dari 1MDB dan berkomplot untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing Amerika (FCPA) yang juga memperincikan dakwaan rasuah yang membabitkan pegawai-pegawai Malaysia dan Abu Dhabi.

Tuduhan tersebut sebahagian besarnya meliputi sekitar tiga transaksi bon utama yang melibatkan Goldman pada tahun 2012 dan 2013 - "Project Magnolia", "Project Maximus," dan "Project Catalyze".

Dokumen pertuduhan ke atas Leissner menyatakan bahawa kira-kira AS$6.5 bilion yang diperolehi menerusi tiga urusniaga bon adalah untuk menyokong projek-projek 1MDB, "lebih AS$2.7 bilion sebaliknya diselewengkan oleh defendan (Leissner) dan rakan-rakan subbahatnya serta diedarkan sebagai rasuah kepada pegawai kerajaan di Malaysia dan Abu Dhabi, termasuk ... Malaysian Official #1 dan Abu Dhabi Official #1, dan juga rakan-rakan serta keluarga mereka, termasuk Leissner, Co-Conspirator #1 (Low) and Co-Conspirator #2 (Ng).

Mengenai 'Projek Maximus', dokumen-dokumen tersebut menyatakan bahawa Leissner sedar bahawa "Malaysian Official #1", pegawai kerajaan dari Abu Dhabi dan pegawai 1MDB, antara lain, akan menerima wang hasil transaksi bon yang melewati pelbagai syarikat lahu yang "dimiliki dan dikuasai secara benefisial oleh dirinya, Co-conspirator # 1 dan lain-lain untuk mempengaruhi para pegawai untuk menyempurnakan bon dengan US Financial Institution #1.

"Abu Dhabi Official #1 dan saudara terdekat Malaysian Official #1, antara lain, menerima sesetengah dana ini."

Mengenai Rosmah, dokumen tersebut merujuknya sebagai “wife of Malaysian Official #1 dan mendakwa bahawa wang berkenaan digunakan untuk membayar barangan kemas, termasuk kalung berlian merah jambu yang terkenal.

Dokumen mahkamah juga mengaitkan anak tiri Najib, Riza, sebagai antara rakan subahat Low, Ng dan Leissner.

Merujuk Riza sebagai ‘saudara terdekat Malaysian Official #1' dan 'Co-Conspirator # 3', DOJ mendakwa bahawa hasil dari urusniaga bon yang dinamakan 'Projek Magnolia' dipindahkan kepada 'Co-Conspirator # 3'. Ini kemudian digunakan dalam penerbitan filem Hollywood The Wolf of Wall Street, yang antara lain dibintangi oleh Leonardo diCaprio.

"Selepas Projek Magnolia ditutup pada atau sekitar 21 Mei 2012, lebih $500 juta hasil bon berkenaan didakwa disalahgunakan dan dialihkan dari 1MDB menerusi pelbagai pemindahan kawat ke akaun bank atas nama syarikat-syarikat lahu yang dimiliki dan dikuasai oleh Low, Leissner, Ng, dan rakan konspirator lain, termasuk pegawai peringkat tinggi di entiti Abu Dhabi yang menjamin bon Projek Magnolia dan saudara terdekat Malaysian Official #1.

"Seperti yang didakwa, hasil bon yang dipindahkan kepada saudara terdekat Malaysian Official #1 itu kemudiannya digunakan oleh syarikat perfileman AS tersebut untuk membantu dalam pengeluaran filem The Wolf of Wall Street," tambahnya.

Sebelum ini, adalah dilaporkan bahawa DOJ mendakwa Red Granite, syarikat pengeluaran filem yang diasaskan oleh Riza, menggunakan wang yang dicuri dari 1MDB untuk membiayai filem termasuk The Wolf of Wall Street, Daddy's Home dan Dumb and Dumber To.

Walaupun tidak pernah mengakui liabiliti atau salah laku, Red Granite membayar AS$60 juta dalam tiga ansuran dalam tempoh satu tahun dalam penyelesaian yang dicapai dengan Amerika Syarikat pada awal tahun ini.

Kes itu ditutup pada bulan September.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Sayang sekali semua berita ttg pendakwaan DOJ semua dalam bahasa Inggeris. Maka ramailah penyokong totok umno dan pas termasuk lokman adam, makcik ellie dsb tak memahami selok belok penglibatan najib, rosmah dan keluarga mrk membabitkan penyelewangan wang 1mdb. Betapa najib sekeluarga bersubahat dgn pihak tertentu syarikat yahudi Goldman sachs utk menyelewengkan duit 1mdb kerajaan bagi keuntungan peribadi mrk. Umno tak heboh pula bila ketua mrk bersubahat dgn syarikat yahudi utk curi duit kerajaan/rakyat malaysia. Atau lokman/ellie buat pura2 tak faham? Harap ada pihak segera terjemahkan semua laporan pendakwaan DOJ ke dalam bahasa malaysia dan juga jawi supaya penyokong umno dan pas boleh faham