Jumaat, 2 November 2018

Ahli parlimen PAS dakwa speaker memihak

Keterlanjuran Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming 'menyertai' perbahasan Menteri dan Ahli Parlimen ketika mengendalikan sidang telah mendapat teguran Dato' Che Abdullah Mat Nawi (PAS - Tumpat).

Malah, Kor Ming dilihat begitu 'cepat panas' dan beremosi hingga mengeluarkan amaran bernada gertakan terhadap Dato' Sri Tajuddin Abdul Rahman (BN - Pasir Salak) yang menyebabkan pertikaian antara mereka.

Bahkan, pengendaliannya selaku Speaker ketika itu jelas dilihat 'campur tangan' berpihak dan membiarkan provokasi daripada Ahli-ahli Parlimen Kerajaan terhadap Pembangkang tanpa dikemukakan teguran yang sama dan adil.

"Sepatutnya, Tuan Speaker tidak 'duduk' belah sana (Kerajaan) untuk berdebat dengan ahli-ahli sebelah sini (Pembangkang). Kena 'turun' daripada situ (kerusi Speaker) duduk sana baru boleh berdebat," tegur Che Abdullah.

Suasana panas terjadi setelah Tajuddin tidak berpuas hati dengan jawapan dan mempertikaikan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin, lalu Kor Ming cuba menghentikannya.

Namun, hal tersebut bukan baharu apabila telah terjadi beberapa kali sebelum ini Kor Ming dilihat ghairah untuk turut berbahas dan menjawab sama dalam sesi yang sedang dikendalikan beliau.

Sedangkan selaku Speaker beliau harus memastikan kelancaran dan ketertiban aturan serta adil, tanpa cenderung emosi dan memihak, apatah lagi jawapan seolah-olah menyanggah Pembangkang dan menampung kelemahan Kerajaan. - HARAKAHDAILY 2/11/2018

oopss...

ahli parlimen yang buat lawak pasal isu sesat tu ke.

hahhaha

tak boleh percaya langsung ..

tengok dulu video asal. baru boleh buat penilaian ..

betul ke ..?

atau ...

sekadar komen politik tak puas hati .. PAS tak berjaya pru 14 ..?

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

mahligaiseni berkata...

Itulah PAS, khususnya YB berkenaan. Kalau kita jujur, tentu kita akan mengatakan bahawa terdapat perbezaan yang sangat besar antara cara pengendalian persidangan oleh speaker zaman PH dengan cara pengendalian persidangan oleh speaker zaman BN, namun ketika itu (zaman BN) terutamanya dua tiga tahun menjelang PRU 14, tidak kedengaran sangat pun protes oleh ahli perlimen PAS apabila speaker berlaku tidak adil kepada pembangkang.

nick berkata...

MP PAS? Buang masa je dengar cakap2 puak2 penunggang agama ni! Hampas!

Nick.
Cape Tiger.