Jumaat, 19 Oktober 2018

Terkini: Zahid Hamidi didakwa 45 petuduhan melibatkan RM114 juta! Ikat jamin RM2 juta!

Ahmad Zahid Hamidi, mengaku tidak bersalah dan mohon bicara di Mahkamah Sesyen di sini atas 45 pertuduhan yang membabitkan transaksi berjumlah RM114 juta.

Pertuduhan itu termasuk 10 kesalahan pecah amanah jenayah dan lapan kesalahan menerima suapan dan upah sebagai dorongan untuk membantu beberapa syarikat mendapatkan projek membabitkan nilai RM42 juta dan 27 pertuduhan membabitkan diri dengan transaksi aktiviti haram berjumlah RM72 juta.

Pertuduhan itu mengikut Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUA) 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah.

Mahkamah membenarkan Ahmad Zahid diikat jamin RM2 juta dan dibayar secara berperingkat.

Pendakwaan diketuai oleh Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala Zahid diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan Kitson Foong.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: