Isnin, 22 Oktober 2018

Di mana sebenar letaknya bangunan Yayasan Akal Budi (Y.a.B)

Menyorot laporan The Malaysia Insight, menurut rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), yayasan itu beralamat di NO 69E-4 Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru.

Namun lokasi yang dinyatakan hanyalah satu tapak lapang yang kosong.

Yayasan yang sepatutnya didaftarkan sejak Mac 1997, namun menurut beberapa penduduk di sekitar Kampung Baru, mereka tidak pernah mendengar nama yayasan itu.

Menurut penduduk, kawasan itu hanyalah tanah lapang setelah restoran ikan bakar dirobohkan sebelum ini.

Sekitar tahun 1990-an, sebuah rumah banglo dua tingkat berada di kawasan itu.

Menurut Latiff Ismail, 70, tanah itu kini adalah hak milik persendirian tetapi tidak dipastikan siapa pemiliknya sekarang.

Beberapa penduduk yang ditemui juga berkata tanah tersebut merupakan tapak kempen Barisan Nasional ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu. Selepas pilihan raya, tiada apa-apa lagi.

“Kalau Yayasan Selangor ada (dengar), tapi Yayasan Akalbudi, memang tidak pernah dengar,” kata Rostam Baharuddin, 61 kepada The Malaysia Insight.

Semakan The Malaysia Insight di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga tidak menemui sebarang maklumat seperti modal, pemegang syer, gadaian dan ringkasan penyata kewangan namun Yayasan Akalbudi mengendali jumlah wang yang sebegitu besar.

Yayasan itu juga tidak mempunyai laman web rasmi serta laman sosial seperti Facebook, Twitter atau Instagram.

Berdasarkan rekod SSM juga, tiga orang didaftarkan sebagai pengarah iaitu Ahmad Zahid dan dua lagi, Mohd Samsuri Tun dan Zulkifli Senteri. Seorang lagi individu, Idris Kechek didaftarkan sebagai setiausaha.

Rekod SSM menyebut, yayasan tersebut didaftarkan atas jenis perniagaan menerima dan mengurus dana untuk program pembasmian kemiskinan.

Ahmad Zahid merupakan ahli Parlimen Bagan Datuk sejak 1995 dan dipilih sebagai ketua Pemuda Umno pada 1996 dan yayasan itu ditubuhkan pada 1997.

Zahid tetap mempertahankan bahawa dana Yayasan Akalbudi tidak pernah diseleweng dan mendakwa tindakan mengheret beliau ke mahkamah bermotif politik.

Yayasan Akal budi atau singkatannya yang aku bagi YAB. Yang Amat Berhormat hahhaha. Macam tu juga dulu bila TN50 diperkenalkan, aku cakap pada kawan aku, TN = Tun Najib. Jauh pandangan Najib dan Zahid Hamidi kekekekeke...

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

cuuc ponorogo si shopee tu boleh tolong jawabkan kat mana YAB...saya akan buat hidup anda tak tenang...hahaha...

Tanpa Nama berkata...

YAYASAN AKAL BODOH...!