Jumaat, 24 Ogos 2018

[VIDEO] 'Puting beliung' telan Kampung Kuala Melaka

Puluhan rumah rosak, musnah dengan kerugian hampir RM2.6 juta

LANGKAWI 23 Ogos - Ada rumah yang runtuh dan musnah, puluhan lagi bumbung berterbangan selain segala harta benda di dalam kediaman musnah sama sekali akibat ribut dan ‘puting beliung’ yang melanda Kampung Kuala Melaka di sini hari ini.

Di atas jalan pula dipenuhi pokok-pokok dan tiang elektrik yang tumbang malah ada yang menghempap rumah serta kenderaan penduduk dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu.


Lebih menyedihkan kejadian yang disifatkan oleh penduduk kampung berkenaan sebagai yang terburuk dalam sejarah itu berlaku ketika umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidiladha

Difahamkan sebanyak 63 buah rumah terlibat dalam bencana tersebut membabitkan lebih 200 mangsa dengan anggaran kerugian hampir RM2.6 juta.

Seorang mangsa, Nurul Asyikin Jomoen,29, berkata, rumah batu yang dihuninya sejak lima tahun lalu bersama suami dan seorang anak musnah dalam sekelip mata akibat ribut dan puting beliung itu.

Katanya, ketika kejadian, dia bersama suami dan anak berusia lima tahun sedang tidur di ruang tamu sebelum dikejutkan dengan angin kuat dan awan seolah-olah sedang berpusing datang ke arah mereka.

Katanya, pada masa itu, bumbung rumah sudah diterbangkan dan segala barangan di dalam rumah jatuh menyembah lantai.

“Saya, suami dan anak kemudiannya bergegas lari menyelamatkan diri dengan keluar daripada rumah. Tidak sampai seminit, di depan mata kami, rumah yang menjadi tempat mereka berteduh selama ini runtuh dengan segala barangan musnah sama sekali.

“Bagaimanapun, kami tetap bersyukur kerana sempat menyelamatkan diri. Kalau lewat seminit, berkemungkinan nyawa kami sekeluarga sudah melayang.

“Akibat kejadian itu, kami sekeluarga dianggarkan mengalami kerugian lebih RM100,000 selain tinggal sehelai sepinggang,” katanya dalam nada sedih ketika ditemui di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

14 respon:

Tanpa Nama berkata...

#adadenkesah

Tanpa Nama berkata...

INNALILLAH..

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan tidak dapat membantu mangsa mangsa kerana keadaan HUTANG negara melebihi 1 TRILION.. Maaf yer..

Tanpa Nama berkata...

Kerugian 2.6 juta... sikit jer tu berbanding HUTANG negara melebihi 1 TRILION..

Tanpa Nama berkata...

UTUSAN ONLINE..
Boleh percaya ker berita tuuu..
Entah entah kerugian bernilai 260 ringgit jer..

Tanpa Nama berkata...

LANGKAWI...
Nohal lah..
PM kan ader..

Tanpa Nama berkata...

Ribut puting beliung di Langkawi..
UTUSAN salah lopor kot..

Tanpa Nama berkata...

Mudah2an mangsa bersabar dgn ujian Allah. Insyaallah, kita sama2 ringankan beban saudara kita.

Tanpa Nama berkata...

Utusan bukan sudah bankrap? Muflis?

Budak kampung Selatan berkata...

Betul ke?..kalau x betul? Sila fitnah lah lagi

Tanpa Nama berkata...

Tunggu PM datai..
Semua boleh selesai..
Aper ader hai..

Tanpa Nama berkata...

Masalah kecil ..
Tunggu PM pangil..
Tapi jangan degil..
Sokong sampai akhir..

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak caye.. tanye ler YB LGE..
Kalu sempat dia akan bawa ke parlimen..

Tanpa Nama berkata...

#pmkanader