Ahad, 12 Ogos 2018

Dua lesbian terima padah di Terengganu

DUA wanita didenda RM3,300 dan enam sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, hari ini, atas tuduhan cuba melakukan hubungan sejenis, April lalu.

Tertuduh yang berusia 32 dan 22 tahun itu turut berdepan hukuman penjara empat bulan, jika gagal menjelaskan denda.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail membuat keputusan itu selepas pasangan berkenaan mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkenaan.

Terdahulu, Kamalruazmi pada penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan adalah serius dan bertentangan dengan fitrah.

Katanya, hukuman setimpal perlu dikenakan bagi memberi peringatan dan pengajaran kepada pesalah serta masyarakat umum.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam sebuah kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mohd Khasmizan Abdullah.

Bagaimanapun, Kamalruazmi menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh pelaksanaan hukuman sebat.

Kedua-dua tertuduh dilepaskan dengan jaminan RM1,500 dengan dua penjamin setiap seorang, sementara menunggu pelaksanaan hukuman sebat.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

Tanpa Nama berkata...

Ingat negeri tok lebai ni bebas lgbt?!

Tanpa Nama berkata...

Bodohnya pendapat