Isnin, 20 Ogos 2018

Ini punca kenapa PAS 'halal' bekerjasama dengan MCA

“PAS sekarang ‘flip-flop’ kerana sering akan mengubah pendirian jika akan menguntungkan mereka, ‘fatwa’ pun boleh berubah bila-bila masa supaya selari dengan tindakan mereka,”

Aku setuju dengan statement ni, banyak perkara dah membuktikan PAS memang flip flop. Guna hujah untuk untungkan diri sendiri.

Pas akan membantu kempen MCA di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Balakong atas semangat setiakawan pembangkang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka boleh bekerjasama dengan MCA kerana parti komponen BN itu tidak menyerang Pas seperti pernah dilakukan DAP.

“Kenapa kita boleh bekerjasama dengan MCA? MCA menentang hudud, DAP pun sama.

“Tetapi DAP menentang hudud semasa kita sama-sama dalam PR sebagai satu gagasan. DAP tidak mahu hormat, dia serang kita walaupun kita dalam satu pakatan.

“MCA pula bukan dalam satu pakatan. MCA kalau tak setuju mereka tak serang seperti DAP lakukan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Turut hadir, calon Pas di PRK Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali dan barisan kepimpinan tertinggi Pas Pusat dan Selangor.

Pas tidak bertanding di PRK Dun Balakong, sebaliknya memberi laluan kepada BN melalui MCA untuk menentang PH.

Manakala, di PRK Seri Setia, BN tidak meletakkan calon dan memberi laluan kepada Pas untuk bertanding.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, beliau melihat kerjasama Pas dan Ummo dalam PRK Seri Setia sebagai satu perkara positif.

“Saya yakin di Seri Setia (kerjasama) akan meningkat lagi. Ini dapat dilihat dengan kehadiran pemimpin Umno dalam majlis penamaan calon,” katanya.


PELIK BIN AJAIB!


KAMPAR: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, mempersoalkan pendirian PAS menyatakan sokongan parti itu kepada MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Menurut Kor Ming, pihaknya terkejut dengan sikap PAS ketika ini yang tidak selari dengan ‘dasar’ mereka kerana mengajak ahli memberi undi kepada MCA yang secara tegas menentang usul Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 berkaitan hukum hudud sebelum ini.

“Kita nak tanya PAS sekarang, apa sudah jadi dengan mereka, adakah mereka lupa MCA parti yang bertegas dengan pendirian tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tapi sekarang PAS sudah menukar wajahnya terhadap MCA, sekarang tanpa segan silu minta ahli sokong MCA yang menentang dasar perjuangan PAS selama ini, ini perlu diperjelaskan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kaunter Khidmat Bergerak DAP Keranji dekat sini hari ini.

Khamis lalu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, mengejutkan banyak pihak apabila menyatakan sokongan parti itu kepada MCA pada PRK DUN Balakong.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dipetik sebagai berkata, sokongan berkenaan diberi atas dasar MCA sebagai ‘rakyat Malaysia’.

Sebelum itu, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan, supaya ahli parti mengundi calon MCA pada PRK DUN Balakong atas ‘semangat pembangkang’.

Kor Ming, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, berkata tindakan PAS menyokong MCA yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan menunjukkan parti itu hanya bertopengkan Islam untuk menutup perjuangan sebenarnya terhadap kuasa dan kepentingan politik parti.

“Sekarang pimpinan tertinggi PAS menyeru ahli memberikan sokongan kepada parti yang menolak hudud PAS, menjadikan PAS ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“PAS sekarang ‘flip-flop’ kerana sering akan mengubah pendirian jika akan menguntungkan mereka, ‘fatwa’ pun boleh berubah bila-bila masa supaya selari dengan tindakan mereka,” katanya.

Katanya, beliau berpendapat PAS hanya mempergunakan kesucian agama Islam untuk kepentingan politik mereka.

“Rakyat sendiri boleh menilai apa yang mereka sudah lakukan kerana sebaiknya, nas agama tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik,” katanya.


Abdul Hadi nak guna mantik, plastik .. rakyat boleh menilai. Dulu 3 penjuru tak apa, sekarang tak boleh. Dulu UMNO kafir. sekarang dah halal. Begitulah seadanya.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

5 respon:

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa awak bodoh...dulu mca dlm bn dan diorang mmg menentang hudud tp sebagai ahli bn....
Dap dulu dlm pembangkang dlm pr dan ba tp menentang dan menghina hudud dan pimpinan pas...

U re either an idiot or moron...doesnt know how to differentiate

One more thing, pas mmg kena kerjasama sebab part of dakwah tp kalu mca kurang ajar jugak, pas belah lah...apasal ko bodoh...kalu pas boleh bersendiri lagi kalau mca cam celaka, pas akan buat
Aku rasa kamu nih penjilat ph yg bodoh yg takut ph akan jatuh kalau paa betul2 bekerjasama ngan umno/mic/mca... Kalu pas bekerjasama mesti pas akan letak syarat...

U stupid fool

Tanpa Nama berkata...

1. orang pas memang suka bodohkan orang. lagi suka kafirkan orang.

2. DAP tolak hudud. MCA pun tolak hudud. tak kira la masa tu duduk dalam sangkar mana sekalipun. Isu pokok tolak hudud.

3. Apabila dasar PAS teguh mempertahankan hudud. Maka biar dalam sangkar mana pun, dia tak boleh menghalalkan satu perkara dan mengharamkan satu perkara. Agaknya MCA tu sikit-sikit jawa kot.

4. Kalau ikut komen kat atas dan hujah Hadi, MCA tolak hudud kira 'halal' sikit kerana dia bukan dari pakatan rakyat dulu. timbangan macam mana ni yer?

5. sebab tu kita kata pas flip fop. ubahsuai prinsip mengikut keuntungan diri.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS kempunan nak jadi menteri agaknya.. Sanggup buat apa saja. Matlamat menghalalkan cara.

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya skit..kamu dlm amanah ke atau dap atau bersatu atau pkr? Takut pas bekerjasama ngan umno dan bakal melingkupkan ph kan...
Tak yah nak tunjuk baik...

Tanpa Nama berkata...

U Bloddy Fool...