Rabu, 25 Julai 2018

UMNO dan PAS tak tahu malu?

Semenjak PH mengambil alih kerajaan 9 Mei yang lalu dari kerajaan zalim Barisan Nasional atau lebih tepat lagi UMNO, kita dapat melihat perubahan jelas pada rangkaian media elektronik dan media cetak di Malaysia.

TV3, RTM dan ASTRO menyiarkan banyak komen - komen dari pihak pembangkang. Perkara ini tidak pernah berlaku sama sekali selama 61 tahun UMNO memerintah.

Pada asalnya, inilah sebab mengapa saya minat pada politik dan mewujudkan blog "Menconteng Untuk Perubahan" sebagai wadah kecil untuk menyalurkan maklumat kepada pembaca.

Selama 61 tahun kita disajikan dengan berita berat sebelah. Mual, jijik dan biadap. UMNO menyekat hak rakyat untuk mendapatkan berita yang seimbang.

Hari ini, Malaysia Baharu telah membuktikan, bukan sahaja pemimpin UMNO malah PAS juga dapat 'kenikmatan' keluar dalam kaca tv.

Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh pembangkang untuk mengkritik kerajaan PH. Secara sombrono isu yang didendangkan adalah kegagalan PH untuk menunaikan manifesto PRU14!

Saya cuba mencari dan saya jumpa banyak sangat pendedahan terdahulu bagaimana UMNO juga tidak hampir sempurna menunaikan manifesto mereka. Banyak perkara yang mereka tidak tunaikan.

Begitu juga dengan PAS di Kelantan, PAS semasa memerintah Kedah. Ada juga manifesto yang mereka tak lengkapkan secara sempurna. Malah ada juga yang mereka tidak tunaikan langsung.

Sebagai contoh dalam PRU 13, satu badan yang menamakan diri mereka TUKAR yang dipercayai proxy UMNO telah menyenaraikan hampir 22 janji PAS di Kelantan yang masih belum ditunaikan semenjak 1990. Ketika itu UMNO dan PAS tidak seperti hari ini. Dulu mereka bukan adik beradik seperti hari ni.

Sekarang dengan peluang media yang ada, pemimpin pembangkang PAsUMNO tidak segan-segan mengatakan PH tidak menunaikan janji. Hampir saban waktu sama ada dalam parlimen atau di luar, mereka menyebut tentang manifesto. tentang janji. Sedangkan tempoh 100 hari belum tamat, sedangkan penggal 5 tahun belum habis dan yang paling penting penyokong PH tidak 100% mengharapkan manifesto. Itu hakikatnya.

Apakah UMNO dan PAS tidak malu? Apakah UMNO dan PAS yang tidak sempurna menunaikan manifesto terdahulu rasa tidak bersalah? Jika disebut munafik, apakah perlakuan mereka tidak tergolong dalam ungkapan munafik jugak?

Munafik itu hanya untuk janji manifesto Pakatan Harapan?

Tidak minta dipuji, tetapi tolonglah rasa sedikit malu. Sekurang-kurangnya pembangkang diberi hak sama rata dalam media. Pembangkang mendapat layanan adil dalam parlimen oleh speaker. Jangan hanya pandai menuding jari pada orang, orang lain tidak islamic, orang lain tak betul, orang lain munafik .. diri sendiri????

Sebagai penutup, saya nak tanya, jika PAS mengamalkan kebebasan media, sila buka ruang ulasan pada website Harakah dan beri peluang pembangkang di Kelantan & Terengganu untuk membangkang dengan berhemah di media PAS dan UMNO. Boleh???? ~Menconteng Untuk Perubahan

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

10 respon:

Tanpa Nama berkata...


PH berani memberi kebebasan bersuara kepada pembangkang kerana PH yakin jika dibandingkan dengan PAS UMNO PH terkehadapan.

Banyak perubahan yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negara di perkenalkan dan di usahakan oleh PH.

Kepimpinan PH mantap dan memang lebih hebat dari PAS UMNO.

Hanya satu sahaja yang PAS UMNO boleh jadikan isu .. bukan manifesto tetapi tempoh 100 hari yang di janjikan.

Semua perkara dalam manifesto PH tidak ada cacat cela nya. Jadi PAS UMNO hanya mengguna isu mungkir janji..

Dan siapa mereka nak kritik pemimpin seperti Mahathir, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, lalu mereka menjadikan LGE sebagai sasaran kerana LGE se orang Cina.

Tanpa Nama berkata...

Dulu menentang umno boleh mati syahid. Sekarang mengundi umno boleh mati syahidkah?

nick berkata...

Isu tak dak so terpaksalah kuarkan cerita manifesto belum tertunai walaupun belum pun 100 hari PH jadi Kjaan. Inilah bodohnya UMNO dan adik kembarnya PAS. Walau apa pun, dengan adanya PRK Sg kandis, rakyat dapat lihat dengan jelas kerjasama antara PAS dengan UMNO. Hanya ternakan dan monyet je yang tak nampak. PAS yang sebelum ini berkeras konon2nya mempunyai hak bertanding pada setiap kerusi yang ia mempunyai rekod meletakkan calon, TELAH dengan sukarela bagi laluan kpd UMNO untuk bertanding. Ini sebenarnya sifat MUNAFIK.

PAS sangat mesra dengan UMNO dan sanggup dok menyokong calon UMNO yang merupakan bekas pegawai Najib dalam Kem Kewangan yang telah didedahkan telah melakukan banyak penyelewengan dan menyembunyikan banyak salah laku. PAS sokong calon yang terkait dengan skandal tetapi menolak Ustaz pengasas dan pengerusi Tahfiz? Satu lagi sifat munafik. Apa jadi sengan slogan " membangun bersama Islam"? Apakah sekarang ni slogan tu dah tak relevan dan ganti dengan slogan "membangun bersama penyangak dan samseng"?

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Dulu masa PAS buat kerjasama dengan PKR & DAP dalam Pakatan Rakyat.. mereka beria-ria merujuk kepada majlis bubur sura ulama PAS untuk buat fatwa tahaluf siyasi iaitu ketetapan yang membolehkan kerjasama tersebut. Kali ini nampaknya PAS telah tinggalkan membelakangkan sura mereka.. apakah alasan mereka nak sokong UMNO?.. kalau nak Islam calon PKR adalah orang agama.. apakah bangsa lebih penting dari agama?..

Tanpa Nama berkata...

UMNO + PAS = tak malu, takde etika, takde maruah, takde integrity

Tanpa Nama berkata...

PAS + UMNO = SAMSENG + EGO

Tanpa Nama berkata...

Pas auta. Bgmn pas auta ttg sokongannya terhadap umno, begitulah jg pas auta ttg perlaksanaan hukum islam. Nik abduh bohong ttg rakaman audio tetapi tidak ada seorang lebai pun kecam dia. Agaknya hukum berbohong bagi pas ialah sunat muaqqad. Itulah yg dimaksudkan pas kuat auta

Usop ali berkata...

INI walaun dan macai cakap mana pakai otak...sedikit pun tiada keinsafan...pelik.betul

Tanpa Nama berkata...

355 dh lbh sgt 100 hari...dh diberi laluan.. apa pun tkde. bkn perlu duit bellion2 pun. lg mau tnya ph punya 100

john berkata...

pas dh sasaw,sbb kuar dr gabugan PH,klu tak dh jdi menteri lebai tua ni smua...dlu ckp umno ni kafir,skrg spe sudah jdi..ape kes?haus smua hehehe..