Khamis, 15 November 2018

Belanjawan 2019: Apa pendirian PAS?



Masih ingat mengenai pendirian PAS ketika pembentangan bajet kewangan 2018 tahun lalu? Itu bukan sekali malah 3 tahun berturut-turut mereka bersikap berkecuali.

Mereka mengambil sikap berkecuali. Antara alasan yang diberikan adalah seperti di bawah ..


BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu –Keputusan pengundian Bajet 2018 di Parlimen tetap akan lulus, meskipun beberapa pemimpin PAS mengambil pendirian berkecuali,
kata Dr Azman Ibrahim.

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah tentu mengundi bagi menyokong bajet itu.
Menconteng Untuk Perubahan™
“Kalaupun 100 daripada mereka terkena cirit-birit dan tidak dapat hadir masa pengundian dibuat, bajet tetap akan lulus, justeru PAS memilih untuk berkecuali.

“Saya tak nak bincangkan apa yang akan berlaku andai Bajet 2018 ditolak oleh Parlimen sebab itu hanya mimpi dan ilusi.

“Macam mana kita nak bincang andaian Bajet 2018 ditolak sedangkan kita adalah minoriti? Itu perbincangan yang membuang masa sahaja,” katanya di petik Harakah Daily.

Beliau berkata demikian mengulas Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 dengan peruntukan RM280.25 bilion yang telah diluluskan, dengan sokongan 107 wakil rakyat BN berbanding 59 ahli Parlimen yang membantah.

Dalam masa sama, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk daripada PAS dan DAP yang berkecuali.

Antara yang berkecuali, Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Tuan Ibrahim Mahmood, Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad dan beberapa lagi pemimpin PAS yang lain.

“Renung fikir dengan fakta. Saya salin daripada handsard Parlimen. Simpan sikit nafsu yang hendak marah kepada PAS. PAS tenang saja,” katanya.
https://www.ismaweb.net/2017/11/15/tolak-atau-berkecuali-bajet-2018-tetap-lulus-sindir-pas/


Dan mengikut Dewan Ulama PAS, mereka mengambil pendirian untuk menyokong mana-mana benda yang baik dan menolak benda yang tidak baik. Dalam kes bajet, PH menentang dan mereka bersikap berkecuali seperti video di atas. Mereka ambil sikap berkecuali (menyokong) bajet yang dibentangkan oleh Najib Razak dan BN.

Tak sabar nak tunggu pendirian PAS dalam menyokong atau menentang bajet kewangan di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Apakah mereka akan membantah bersama UMNO seperti mana yang mereka buat yakni keluar dewan pada hari perrtama angkat sumpah?

Apa lagi alasan lepas ni untuk menentukan sikap?

Patutlah jumpa seorang pakcik yang dah 40 tahun dalam PAS. Dia kata PAS sekarang banyak mengarut. Menconteng Untuk Perubahan™ 9.30 PM

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: