Isnin, 23 Julai 2018

Disebalik slogan "asal bukan pakatan harapan" PAS

Slogan ASAL BUKAN PAKATAN HARAPAN yang ditanam oleh PAS kepada ahli PAS Sg Kandis membawa pelbagai tafsiran dikalangan rakyat dan mereka yang suka memerhati perkembangan politik Malaysia.

Pertama sudah tentu secara total ia membawa maksud bukan pilih Pakatan Harapan tetapi pilih UMNO kerana di situ hanya UMNO sebagai pencabar utama. Lagipun ia diperkuat oleh kenyataan - kenyataan pemimpin PAS bahawa mereka mahu semak dan imbang.

Jadi walaupun dengan kiasan-kiasan serta hujah-hujah agama, jelas dan terang PAS mengarahkan ahli mereka untuk mengundi UMNO. Suatu perkara yang jarang berlaku ketika TGNA masih ada.

Kedua, walaupun pemimpin PAS acapkali berhujah mereka tidak membina penyatuan politik, tetapi sindiran Tun Mahathir mengatakan bahawa PAS - UMNO seperti adik beradik macam benar - benar berlaku. Tidak turun berkempen secara terang-terang, tetapi akan membantu dari jauh dan sembunyi-bunyi. Adik beradik, dicincang macam mana sekalipun tidak akan putus.

Apakah penyokong pakatan harapan harus kecewa dengan pemimpin PAS?

Tidak, tidak perlu kecewa kerana harus memahami konteks pembangkang dan demokrasi. Memang mereka layak untuk berhujah apa sahaja. Cuma ....

Katakan PRK itu berlaku di Kelantan atau Terengganu di bawah kerusi PAS.

PH masuk bertanding, apakah PAS akan sama berhujah di hadapan ahli dan parti mereka bahawa PH akan jadi semak dan imbang kepada PAS?

Rasa macam tidak. Malah akan dikecam dan dikeji dengan pelbagai hujah.

BAHAWA parti mereka yang memerintah Kelantan dan Terengganu paling baik. Tidak perlu undi PH .. tidak perlu lagi semak dan imbang di sini.

Faham tak ni ..? .

Pendek cerita "asal bukan pakatan harapan" - ABAH membawa maksud lain iaitu tiada harapan untuk UMNO dan PAS. Kalau nak nakal lagi, boleh je ABAH tu kita jadikan Asal Bukan Abdul Hadi. kekeke itu je ..

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Pas dah sokong umno nampaknya. Kesian dgn mangsa mamali yang terkorban kerana menentang parti umno dulu. Ramai orang mula mempersoalkan amanat hj hadi dan status mati syahid yang didakwa oleh pemimpin mereka

Tanpa Nama berkata...

Boleh komen tak pasal kesah ‘suami-isteri’ antara umno dan PH utk jawatan speaker DUN di kedah.? Keh keh

IrWrWs berkata...

Boleh komen tak pasal kesah ‘suami-isteri’ antara umno dan PH utk jawatan speaker DUN di kedah.? Keh keh

Tanpa Nama berkata...

Jadi kiranya pas dah anggap umno cuci bersihlah lps najib jatuh. Atau politik pas skrg perjuangan melayu diutamakan walaupun melayu penyamun/perosak