Rabu, 23 Mei 2018

Kenapa penyokong PAS masih 'galak' serang PH?

Apa lagi penyokongPAS mahu?

Dah kalah tu kalah la, teruskan dan sila jaga Terengganu dan Kelantan baik-baik. Jangan terlepas lagi macam dulu. Aku makin tak faham. Makin 'galak' penyokong PAS menghentam rakan-rakan sendiri dari pakatan harapan.

Pakatan Harapan pun dah janji nak bagi royalti kepada PAS Kelantan dan Terengganu. Pemimpin pandai pulak berterima kasih. Bila sampai tang penyokong .. susah nak cakap.

Lebih menyakitkan, undi pakatan harapan undi DAP. Undi pakatan harapan bermakna undi kristian. tak masuk syurga. kafir. macam-macam dakwaan penyokong PAS selepas pasca pilihanraya.

Bila aku selidik balik .. apa puncanya;

1. Terlalu cemburu dan iri hati kerana PH menang dan PAS banyak hilang deposit. Dengar cerita berjuta-juta rugi.
2. Rasa menyesal sangat sebab tak join PH. Sebenarnya jauh di sudut hati rasa terkilan yang susah nak gambarkan. Nak marah takut digelar tak walak! Kurang ajar dengan ulamak!!
3. Dan ini yang paling penting. Ini adalah kerana dulu pakatan harapan berada sebagai pembangkang. Sekarang sebagai kerajaan. Jadi kena terima hakikat. PAS itu pembangkang. Selamanya dia akan membangkang. Tak kira siapa jadi kerajaan.

Untuk itu .. wahai penyokong pakatan, sabar banyak-banyak. Layani dan sayangi rakan pembangkang bak kata Rafizi Ramli. Mereka tengah kecewa sangat tu.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

pa$pi$pu$ berkata...

Hati tengah gundah gulana biaqkanlah.....biaq anjing menyalak....PH jalan teruih....

Kedah Hassan berkata...

gst nak mansoh ok laa tak dak lagi discriminasi antara federal n state ok .. so setakat ni all inline, saya as ahli pas tak sungkit apa2 pon or luu saja nak invoke sori2.. provoke..

HADIGOL berkata...

hihi sekali lg dibalas perbuatan pas ni. dulu dn selamanya mereka kt amanah parti org kecewa sbb tersingkir dr jawatan dlm pas... skrng pas yg kecewa.. deep tu bro.

tegak bulu ketiak pas tgk mat sabu jd menteri dn ramai lg pemimpin amanah jd menteri.

rupanya pas memang pembangkang yg matang dn sejahtera.. selamanya pembangkang. rasanya akn jd pasu bunga jg dlm parlimen. maka bercengkeramalah dgn umno dlm pondok pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

x rs ni stu artikel provokasi. realiti dlm gp wsapp berlambak pnyokong PAS mempertahankan dan perli penyokong PH. cuba tgk sendiri. tnya kwn2.

Tanpa Nama berkata...

Tgh gundah gulana. Islam Liberal sedang kukuh.

Tanpa Nama berkata...

apa pasal tuan ibrahim jadi juru cakap pas mana hilang hadi mungkin tempoh hari banyak terlepas cakap dgn harapan mungkin malu

Tanpa Nama berkata...

ini bukan pasal GST sebab PAS pun nak hapuskan GST tapi kalau PAS tiru PH yang tubuh Majlis Penasihat, siapa yang PAS akan lantik selain dari Khalid Ibrahim? Atau PAS main ikut suka hapuskan GST macam itu je? Kalau isu 1MDB pun PAS mengambil masa 2 jam terima dengan baik penjelasan Arul, tak hairan lah hapuskan GST pun tak sampai 20 minit.

Maaf. Selepas di caikan siap dengan doa laknat ke atas beberapa pemimpin yang tinggal kan PAS dengan menubuh AMANAH, mereka kini jadi Menteri.

Sepatutnya mereka di hina oleh Allah jika mengikut fahaman orang PAS..

Sekarang Tuan Ibrahim nak menempek pulak kat PH.. kata PAS dari dulu berjuang sendiri-sendiri.. Tak perlu lah nak berdialog, apa nak cakap atau di cadangkan, semua tu boleh buat dalam Parlimen..

Tanpa Nama berkata...

Hadi mengingatkan pemimpin PH jaga-jaga dengan pengampu.

Rasanya pemimpin PH kenalpasti siapa pengampu. Kalau sedondon tu pengampu lah, Kelas A.

Lagi satu, ialah pandai-pandai lantik sendiri jadi penasihat.

Ada ke pemimpin PH minta nasihat dari Hadi ?

Awal-awal Hadi dah mengampu dengan memberi ingatan pada PH jaga-jaga dengan pengampu.

Tanpa Nama berkata...

Pas sila tumpu utk majukan ktan dan tganu. Tganu kaya minyak (tahu tak knp 1mdb berasal dr tganu?) tp rakyat melayu islam miskin dan mundur. Mrk harap kerajaan bangunkan negeri tganu. Jgn asyik dok cakap sj dan paling penting jgn terbeliak mata bila tengok duit banyak