Rabu, 30 Mei 2018

Bantuan Khas Raya: Kalau nak maki, sila maki orang ini!

Kalau ada yang pangkah Pakatan Harapan tetapi kecewa kerana tidak diberikan bantuan khas hari raya, sah aku kata pejuangan hangpa hanya pejuangan perut .. hanya fikir apa yang aku dapat ...

Rata-rata yang tak dapat bantuan khas hari raya adalah gred 42, 44 dan ke atas. Maknanya dari segi pengalaman kerja, senioriti dan kelayakan akademik lebih tinggi dari gred yang di bawah (dapat bantuan raya). Dalam erti kata lain lebih stabil ekonominya. Matang dan lebih 'bijak' dalam membuat keputusan dan penilaian.

Maka kalau dah lebih bijak, kenapa mahu meratap-ratap, meminta-minta macam - macam budak kecil. Rasa tak kena pulak dengan gred lebih tinggi dari gred 17.

Bagi senario macam ni;

Dalam keluarga, seorang ayah akan mempertimbangkan apa yang patut dibeli dan apa yang tak patut dibeli. Kalau dalam satu masa dia mampu beli dengan kewangan dia, dia akan beli. Lain kalau ayah yang tak bertanggungjawab.

Si anak nak beli, ayah tak bagi kerana masalah kewangan keluarga. Sempit sikit duit poket. Si anak berguling-guling nak itu nak itu nak itu... tak ambil peduli tentang masalah kewangan keluarga si ayah. Maka sama situasi dengan kakitangan yang gred 42 ke atas yang merungut tak dapat bantuan khas raya. dia ibarat budak kecil yang belum matang. Belum kenal erti pengorbanan.

Kita sedia maklum, hutang negara sudah melebihi 1 trillion ringgit. Itu bukan sekadar seribu dua. tapi 1 trillion. Jangan tuding jari pada Tun Mahathir dan pakatan harapan. Tuding jari dan maki kerajaan terdahulu. Jangan lupa maki juga pengundi kerajaan terdahulu. Kerana undi mereka juga membuatkan negara kita dalam kesukaran.

Untuk itu, jangan jadi budak hingusan. Jadi pekerja yang matang cara fikirannya. Berkorban untuk anak bangsa. Biar kalau ada penyokong BN dan PAS yang mahu gelak sakan kerana kakitangan awam tak semua dapat bantuan khas raya. Mereka lebih kecewa kerana gagal memerintah Malaysia. Kekecewaan mereka sukar diubati sehinggakan ada yang sawan ketawa apabila Tun Mahathir umum bantuan khas hari raya. Padan muka kata mereka. Biarkan, pembangkang memang macam tu ...

#menyesalundiUMNO?

Bantuan Khas Raya sebanyak RM400 akan disalurkan kepada kakitangan awam bergred 41 ke bawah, dan RM200 kepada pesara kerajaan menjelang Aidilfitri ini.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tarikh pembayaran akan diumumkan pada taklimat khas oleh Kementerian Kewangan yang akan diadakan pada Khamis.


'Menconteng Untuk Perubahan™' | 30/5/2018 4.00pm

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

14 respon:

Tanpa Nama berkata...

Susah. Sebab selama ini mereka (penjawat awam) telah di asuh dan di dodoi dengan di beri sesuatu untuk diam.

Sebab itu ada kalangan mereka yang merungut walau pun berpangkat bila tak dapat duit raya, walaupun RM 100. Sebab mereka sudah terkebiasaan. Kalau bahagian faraid pun mereka akan tuntut walau pun sedikit dan walau pun ada adik atau kakak yang lebih memerlukan.

Alasan mereka hak mereka dan berlaku adil lah hingga hilang sifat tolak ansur.

Pembangkang BN memang sanggup beri lebih walaupun sedar ia nya menyumbang kepada hutang negara dan menambah masalah negara.

Berbangga lah menjadi rakyat yang berkorban kepada negara kerana pengorbanan kali ini lebih mulia dari pengorbanan patuh pada undang-undang atau menjalankan tugas dalam pekerjaan masing-masing. Atau pengorbanan mengisi tabung milo.

Sebut tabung milo teringat Hadi kata dalam PAS ramai Ahli perniagaan yang kaya-raya yang sanggup menyumbang kepada parti semasa pru. Apa kata Hadi buktikan Islam nya dengan mengistiharkan tabung milo PAS untuk membantu ekonomi negara, negara Islam.

Tanpa Nama berkata...

sape pangkah UMNO taun 2013. smpai Najib dn kwn2 berkuasa. smpai tggl hutang 1 trillion. sah anda mmg ...*@xl;;h;l39001@#$)(%

Tanpa Nama berkata...

Gred 41 dapat bantuan Hari Raya sebanyak RM400. Kalau suami isteri gred 41 dapat RM800.00. Bagaimana Gred 44 yang baru 2 tahun naik dan isteri tak berkerja ?????Haru lah pegawai yang mentafsir bantuan raya ni...

Tanpa Nama berkata...

Macai Pas ramai termasuk kategori pejuang perut. Baru sahaja terima viral mereka berdukacita tak dapat bonus dan kenaikan gaji dua kali tahun ini. HAHAHA! Pejuang perut nak dapat bonus dan naik gaji juga tak kira hutang atau tak.

Tanpa Nama berkata...

ada manusia tomak
walau ada lebih tapi nak jugak

Tanpa Nama berkata...

mari ambo royat sikit DG41 dgn DG42 setara jah,sore lantikan SPP sore naik pangkat..gaji serupo boh...pastu Guru Besar DG38 gaji ado dale 6-7k,anok buah baru dpt 44 dlm 4k jah....patut buat ikut tahap gaji RM4000 ke bawah gitu baru napok skit...PGK bandar tu...

Tanpa Nama berkata...

Renungkan apa jadi :--

pada 1988 -- mata wang negara lingkup.

pada 1998 -- Anuwar / Refomasi

pada 2008 -- Tun Abdullah dihina/ BN hilan control
2/3 di parliment

pada 2018 -- Negara mungkin bankrap.... ? ?

angkara siapa ....????

Tanpa Nama berkata...

Baru rasa PH bijak. Kata hutang i trillion .orang percaya

susah nak bagi bonus...habis cerita.....BARU PADAN MUKA UNDI PH

Tanpa Nama berkata...

Wugok betul la...cadang mau beli itu tiket balik sabah suda terbantut...kimak punya PH. Itu baki 500 sudah plan mau beli tiket suda terbantut....Wugok...Wugok...Wugok...Bakas...Bakas punya PH.

Tanpa Nama berkata...

Apa pun jangan jadi satu parti suci tu yang bagi bonus RM 500.. Pada hal nak bayar gaji kakitangan mengemis daripada penyamun.

Betulkah tak ada duit atau saja-saja bagi penyamun peluang untuk beramah dengan penjawat awam di sana ?


Tanpa Nama berkata...

Positif saja walaupun x dpt bantuan rm400. Memang x adil utk semua penjawat yg keperluan berlainan patut semua dapat

Tanpa Nama berkata...

Gred 41 tu mgkin rmai yg blm bkeluarga..klu ada bkluarga bilngn anak sikit..tp gred 44 keatas ni kompom bilangan anak ramai..pttnya bglah semua..

Tanpa Nama berkata...

rindu zaman tun, petrol ron97 cuma RM 1.60 se liter jer...

Tanpa Nama berkata...

x adil jugak kan kalau nak bagi bagi semua semua tu kan penjawat awam malaysia x kira gred bukan penjawat awam nwgara zimbabwe