Sabtu, 26 Mei 2018

Bahaya, Menteri Pertahanan Mat Sabu seorang syiah!

Adalah sesuatu yang perit dan menyedihkan apabila membicarakan isu perbezaan pendapat antara penyokong Islam dalam Pakatan Harapan dan penyokong PAS. Pilihanraya sudah pun berlalu. Rakyat majoriti memilih Pakatan Harapan untuk mentadbir negara. Rakyat juga memilih PAS untuk mentadbir urus Kelantan dan Terengganu mengikut ideologi politik masing-masing. Sepatutnya kita berlapang dada dan berterima kasih kerana rejim Najib yang sarat dengan skandal dan kerosakan kepada negara telah berjaya ditumbangkan. Bukan senang untuk menumbangkan gergasi yang sudah lebih 60 tahun memerintah.

Namun, sayang seribu kali sayang. Perbezaan idealogi masih berlaku dalam group-group whatsapp, facebook dan lain-lain platform media sosial. Mula kedengaran islam liberal, mula mencanak naik isu Islam terhakis. Realitinya masih tidak dapat dibuktikan dengan nyata. Bukan niat penulis untuk menafikan kemungkinan-kemungkinan yang berlaku itu hanya kerana penulis penburukonline.blogspot.com adalah seorang penyokong Pakatan Harapan, tetapi penulis berasa sedih dengan mudahnya sesuatu pihak melabel sesuatu pihak yang lain kerana ketidak samaan fahaman idealogi tersebut.

Sebelum pilihanraya kedengaran undi PH bermakna undi DAP. Akan jadi negara republik dan sebagainya. Bilangan Menteri Cina akan melebihi Menteri Melayu. Hakikatnya selepas Tun Mahathir mengumumkan barisan kabinet. Suara-suara itu tersumbat terus. Realitinya berbeza bukan?



Penulis harap sangat semua pembaca dapat mendengar ulasan di atas. Dengar dan pertimbang. Tetapi jangan terus menghukum wahabi. Label Mufti Perlis seorang wahabi tanpa mendengar dulu hujahnya. Ini yang menjadi payah.

Kemudian selepas pilihanraya, mula kedengaran pula tidak sepatutnya Lim Guan Eng memegang jawatan Menteri Kewangan. Sepatutnya bagi pada orang Islam. Malang sekali ketika ada Menteri Kewangan dari orang Islam yang terang-terang mencuri duit rakyat, tidak pula dipertikai. Malah ingin memberi tongkat agar UMNO yang hampir roboh tegak kembali. Alasannya atas dasar melayu dan Islam. Lebih baik menyokong melayu pencuri dari menyokong bukan Muslim. Benarkah fahaman ini ?

Satu demi satu pemimpin PH dipertikai. Kemudian timbul pula isu Mat Sabu seorang Syiah. Isu ini sudah lama. Malah tidak dapat dibuktikan dan tiada apa-apa kenyataan dari pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Fatwa Kebangsaan. Lucunya, ketika Mat Sabu berpluh tahun di dalam PAS tidak pula kedengaran label Mat Sabu adalah Syiah! Apakah Mat Sabu ketika dalam PAS bukan Syiah dan selepas keluar dari PAS dan membentuk AMANAH maka labelnya terus bertukar menjadi Syiah!? Mudahnya kalau begitu.



Kemudian timbul lagi isu Siti Kasim dan golongan LLBGT menyokong PH. Maka semua rumah keseluruhan akan terbawa-bawa fahaman LGBT dan islam liberal. Tetamu yang kecil apakah dapat sewenang-wenangnya mengubah corak rumah keseluruhannya? Apa mungkin Menteri-Menteri yang mengucap dua kalimah syahadah dengan mudahnya menukar haluan iman mereka? Andaian akan datang tidak menjamin kemenjadian.

Andaian-andaian ini terus berlegar-legar dalam kumpulan whatsapp. Niatnya apa? Untuk menakut-nakutkan rakyat. Untuk mempengaruhi orang lain. Yakin benarkah kita dengan tuduhan-tuduhan tersebut? Kita akan dipertanggungjawabkan di atas semua tuduhan kita. Nampak macam kecil tapi hakikatnya.

Jangan bilang penulis sengaja membuat provokasi. Buka whatsapp, group facebook dan ulasan-ulasan di media lain. Tengok apa yang keluar dari penyokong parti hijau. Betul atau tidak apa yang penulis katakan? Share banyak2.

'menconteng untuk peruahan' 24.5.2018

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

17 respon:

Awanama berkata...

bagus Pas ni kn

Awanama berkata...

Selepas disindir bekas mufti Perlis, kali ini pemimpin tertinggi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) pula dilihat menempelak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Melalui kenyataan dimuat naik pada akaun Facebook KUIS, Dr Yusuf al-Qaradawi dilaporkan mengecam tindakan Abdul Hadi menghadiri perhimpunan antara mahzab di Tehran.

Kata Yusuf, KUIS juga terkejut dengan waktu kunjungan Abdul Hadi berkenaan kerana ia dibuat ketika "Iran menjalankan jenayah kejamnya" di Aleppo, Syria.
sapa Syiah sebenarnya ni???

Awanama berkata...

Baru habis pru 14, 2 minggu, tazkirah ramadhan dah ada 2 pengertian. Ingat tazkirah hal agama semata, tapi tabur juga debu politik. Bila dah berpolitik, susah nak jadi neutral bila menghurai. Kalu mereka jadi kingmaker, alamatnya, tak ada perubahan la dan kita kena tipu oleh 2 parti la pulak. Ceramah syok sendiri banyak la.

Awanama berkata...

TN HJ MAT SABU...

beliau menyanjung perjuangan ayatolat Khomeini (pengaruh revolusi iran) dan hezbollat(pengaruh perang dgn Israel). hanya dr sudut perjuangan mereka yg kental dn berani. rasanya tidak sampai menganut fahaman syiah. tiada bukti beliau mengamal ajaran syiah dr segi syariat ataupun fikrah.

bagaimanapun kita harap sanjungan kpd perjuangan tokoh2 syiah itu akan dilupakan kerana mereka tidak harus dijadikan contoh.

TN HJ HADI AWANG...

beliau juga terpengaruh dn menyanjung revolusi iran. malah sehingga kini sandiwara syiah bermusuh dgn US dan Israel telah termakan oleh beliau. seperti isu perang di Syria, beliau memilih pendapat yg mengatakan mujahideen Syria adalah boneka US utk menjatuhkan kerajaan islam syiah bashar.

beliau juga sentiasa menganggap syiah adalah satu mazhab dlm islam. sedangkan ulamak sunni seperti Qardawi telah menolak syiah sebagai sebahagian dpd islam. ajaran2 dan doktrin syiah amat bertentangan dgn islam. malah byk yg merosakkan akidah. bukan perkara furu' tetapi perkara akidah yg mendewa2kan para ayatollah sgt melampau umpamanya.

malangnya hj hadi mengamal beberapa doktrin syiah samada sedar atau tidak. mungkin dr segi syariatnya tidak. antara doktrin itu ialah mengagung2 pemimpin hingga tk boleh ditegur. pemimpin mendapat firasat kasyaf dan mimpi. wala mesti total pd pemimpin. klu tk wala pd pemimpin (imam) akn dilabel menentang islam. takkiyah.. juga diamalkan hj hadi. tak mengapa menyembunyikan niat dihati dan berkata berlainan, janji hajat tercapai.

maka itulah jadinya nampak mcm berbaik dgn umno bn tp ada juga menghentam bn.

hj hadi masih positif terhadap syiah iran. sgt nostalgia dgn revolusi iran yg memberangsangkan sedangkan ulamak sunni sudah sedar ia hanya revolusi syiah. disaat syiah iran membantu bashar menyembelih merogol umat islam Syria, hadi sanggup berpelukan dgn pemimpin iran (mcm dgn najib juga lah).

tetapi dlm negara, dap dimusuhi sebagai kafir harbi dan amanah dimunafikkan. sedangkan dap 'menentang' islam tidak setara dgn syiah 'menjahanamkan' islam dan umat islam.

kerana itu kita yakin hadi lebih bahaya. kini diterap pula doktrin khawarij yg dgn mudah mengkafirkan org lain. lepas ph menang pru14, mungkin hadi akan bertakkiyah utk meraih sedikit kuasa. najib sudah dilupakan. baju pink sedondon pun mungkin dh dijual lelong.

wallahualam

Awanama berkata...

Macam ini ke perangai nak ajak PH berunding?

Yang cakap macam itu walaun. Kita minta Pemimpin Besar PAS yang buat dakwaan secara terbuka.

Ini nak tunjuk PAS masih relevan Hadi cuma cakap pasal pengampu, utama kan harapan rakyat....

PAS sepatutnya buat petisyen kepada YDP Agung supaya tarik balik jawatan Mat Sabu kerana dia seorang Syiah..

Tapi kat sini yang rompak duit rakyat dan banyak berbohong ialah ahli sunah waljamaah.

Awanama berkata...

Tuan melihat Mat Sabu dari jauh. Kalau tuan orang yang dekat dengan Mat Sabu saya rasa tuan akan lebih tinggi dari kami tidak menyukai Mat Sabu. Pemimpin-pemimpin Pas sangat tahu tentang latar belakang Mat Sabu. Tapi apa yang boleh dibuat. Bila dia keluar sendiri, kami sangat-sangat bersyukur. Terlepas bala yang ditanggung selama ini. Cuba tuan siasat sendiri supaya tuan tidak termasuk dalam orang yang membuat fitnah.

Awanama berkata...

Kalau macam itu Tuan Ibrahim pun macam-macam syiah juga lah. Termasuk Zuhdi,Nik Abduh, Nasaruddin, ramai lagi yang taksub pada gaya Hadi.

Yang main isu hanya penyokong yang keciwa apabila tahu YB Mat Sabu naik kereta besar diiringi oleh pengiring. Sepatutnya pemimpin utamanya PAS lah menegur mereka atau paling tidak mengesahkan dakwaan tersebut. Mereka lebih kenal YB Mat Sabu.

Maka itu selagi pemimpin parti tak buat dakwaan terbuka anggap sahaja ia nya luahan rasa keciwa atas kejayaan pemimpin AMANAH yang berjawatan Menteri.

Di cadangkan juga jika benar YB Mat Sabu se orang syiah hantar lah petisyen kepada YDP Agung.

Awanama berkata...

Mengapa pemimpin seperti Salahuddin, Khalid, Dr Dzul, Raja Bahrin, Husam tetap bersama dengan YB Mat Sabu? Mereka lebih tahu latar belakang YB Mat Sabu kerana telah bersama YB Mat Sabu berpuluh-puluh tahun lamanya ...

Mengapa semasa YB Mat Sabu hal ini tidak berbangkit malah semasa pemilihan cai pun tak di sebut melainkan kerana YB Mat Sabu jadi tunggangan DAP?

Awanama berkata...

Dia bekas timbalan pres pas. Apa yg kamu buat masa tu? Taqiyya?

Awanama berkata...

Tang mananya Yb Mat Sabu ni syiah... cer cerita sikit... Saya tak pernah rapat dan berkawan dgn dia...Walaun kata orang2 kat atas parti suci tahu hal ni dan lega Yb Mat Sabu kuar dari Pas...Cakap aje Syiah terus percaya...Untungnya lebai parti suci dapat walaun macam unta... Cuba paparkan sikit syiahnya amat Yb ini. Fitnah orang tak baik dan besar dosanya..

Awanama berkata...

Dia suruh kita siasat sendiri.

Dulu boleh lah lagi kalau nak siasat... Hoi! YB Mat Sabu di iringi pengawal keselamatan lah.

Dulu nak jumpa YB Mat Sabu kat Restaurant Mamak pun boleh... sekarang kena buat appointment... Kena screening dulu... Hadi nak jumpa pun belum tentu lepas..

Senyum



hairulazam berkata...

Orang Pas perlu menghargai sumbangan seseorg... Mat Sabu adalah pemimpin Pas yg digunakan utk kutip dana Pas....Sbb kalau panggil Mat Sabu pendengar datang lebih 10000 org..... Jadi berebut semua tempat panggil Mat Sabu..... Masa tu dia datang naik bas sahaja...... Doakan kebaikan utk dia...ini akhlak Islam.... Byk sumbangan dua pada PAS .... Cukup2 jaja aib org......

Awanama berkata...

Baru bbrp hari jadi mneteri dh tukar pendirin bersalam dgn bukan mahram. Inilah species yang berubah mengikut keadaan dan tidak tetap pegangan. Jangan happy sgt dgn game madey. My way or the highway. Bila si sa un boleh di nyahkan jadi bahan kumbahan.

PokAmid berkata...

Bila dalam Pas, semuanya suci. Ulama yang tunjuk gambo kepala kotey sendiri kpd "janda" pun dianggap suci, krn hanya dan sanya masih berjawatan dalam parti suci itu.
Seorang lagi ostad, tengok video lucah pun dikira suci, krn masih berjawatan dalam parti suci itu, walaupun yuran tonton video lucah itu dilunaskan oleh orang lain.
Pendekata, bila berjawatan dlm parti suci itu, haprak seteruk mana pun akan dianggap suci.... Krn nombor ahli membolehkan mereka direct ke sorga.... Sorga cap Bulan!!!

Awanama berkata...

Masa Hadi baik dengan Najib tak ada pulak Hadi tegur salam bukan mahram.

PAS ini Islam ikut musim ke atau sekerat-sekerat je..?

PokAmid berkata...

Bila dalam Pas, semuanya suci. Ulama yang tunjuk gambo kepala kotey sendiri kpd "janda" pun dianggap suci, krn hanya dan sanya masih berjawatan dalam parti suci itu.
Seorang lagi ostad, tengok video lucah pun dikira suci, krn masih berjawatan dalam parti suci itu, walaupun yuran tonton video lucah itu dilunaskan oleh orang lain.
Pendekata, bila berjawatan dlm parti suci itu, haprak seteruk mana pun akan dianggap suci.... Krn nombor ahli membolehkan mereka direct ke sorga.... Sorga cap Bulan!!!

Awanama berkata...

Dalam Tentera ada pasukan risikan. Apabila Menteri Pertahanan di tuduh, mereka terpaksa jalankan siasatan samada tuduhan tersebut dari sumber pengganas atau dari puak pelampau.

Setakat yang di ketahui lebih kepada sangkaan dari walaun yang tidak berpuas hati melihat kejayaan Mat Sabu.