Jumaat, 12 Februari 2016

Kerajaan gila

Aku taktau bagaimana taraf pemikiran kabinet kerajaan UMNO.

Ada udang di sebalik mi agaknya. apakah untuk memenangkan pilihanraya atau sekadar untuk mengaut untung? Semua itu spekulasi yang bermain di minda rakyat sekarang

Tapi kalau ikut logik, kenapa perlu tambah rakyat asing??? Orang lain sibuk majukan anak bangsa ... yang ni pulak ... memang haramjaddah betul ..

Putrajaya hari ini mempertahankan tindakannya bersetuju membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia dalam tempoh 3 tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kemasukan pekerja itu dibuat secara berperingkat berdasarkan permintaan pasaran dan bukan sekaligus.

Beliau yang juga menteri dalam negeri menidakkan kritikan pihak yang menganggap kerajaan cuba mengambil untung daripada levi yang dikenakan ke atas pekerja terbabit.

"Mereka perlu ingat pengambilan pekerja ini berdasarkan permintaan pasaran dan bukan kita yang mahu suka-suka bawa mereka masuk," katanya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pembangunan dan Pengurusan Industri Halal Malaysia.

Kata Zahid, Putrajaya akan menghantar Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot bagi menandatangani perjanjian persefahaman berhubung perkara itu dengan Dhaka, selepas Kabinet memberi lampu hijau.

Dhaka sebelum ini dilaporkan sudah meluluskan draf perjanjian tersebut.

Zahid pertama kali mengumumkan perkara itu pada Jun tahun lepas, mengatakan langkah itu bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Bagaimanapun, ia mendapat reaksi negatif pelbagai pihak terutamanya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Setiausaha Agung MTUC N Gopal Krishnam berkata, lebih baik kerajaan membekalkan latihan secukupnya dan gaji setimpal kepada pekerja separa mahir tempatan untuk diserapkan ke dalam sektor yang ketika ini kurang diminati warga Malaysia.

Ia juga berkata, langkah itu bertentangan dengan polisi negara untuk hanya mempunyai 15% pekerja asing dalam tenaga kerja menjelang 2020.

Kesatuan sekerja turut mendakwa, keupayaan membuat keuntungan sehingga 50% daripada perkhidmatan perniagaan pembekal pekerja asing menjadi penyebab industri berkenaan begitu menguntungkan dan terdedah kepada penyalahgunaan kuasa.

Kedua-dua MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) juga mendakwa, pembekal industri buruh asing bernilai bilion ringgit boleh mempengaruhi kononnya “permintaan” terhadap 1.5 juta pekerja baharu yang dirancang dibawa masuk dari Bangladesh itu. – 11 Februari, 2016.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Syrikat adik aq..... Ada untong.