Isnin, 29 Februari 2016

Hadi oh Hadi .. kenapa jadi begini?

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan beliau tidak akan menyertai sebarang perhimpunan anti Datuk Seri Najib Razak termasuk yang dijadualkan pada 27 Mac depan.

Presiden PAS itu berkata, walaupun beliau anti Umno, tidak bermakna beliau tidak suka kepada ahli parti Melayu itu.

“Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian Online hari ini.

“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (PAS) hendak berbaik.”

Ahli Parlimen Marang itu bercakap kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib yang dijadualkan berlangsung 27 Mac ini.

Disember lalu, Hadi dan Najib mengenakan baju Melayu yang sedondon warnanya duduk sepentas dalam satu program di Kuala Lumpur.



Ini menyebabkan bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa mengkritik kepimpinan Hadi yang dikatakan ingin menyelamatkan Umno.

Sebelum ini, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Najib untuk melepaskan jawatan perdana menteri.

Bagaimanapun Zaid kemudiannya berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan demonstrasi tetapi sebenarnya merupakan satu acara yang diadakan secara “tertutup” dan atas “jemputan sahaja” kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya 1 perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid melalui akaun Twitter sebelum ini. – 28 Februari, 2016.

* apa agaknya jawatan untuk Hadi jika UMNO dan PAS berkahwin?

jom layan tak ada kena mengena dengan Hadi tau video ni hehehehhe ..

Tapi kenapa Hadi masih mau berbaik dengan Najib. Tidak dengan UMNO kononnya? Najib dan UMNO tu siapa?


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

klu umat islam bersatu negara lebih teguh...klu brpecah mudah musuh dlm dn luar tikam.

Tanpa Nama berkata...

Tuang guru pong masyukkk jugakkk kaaaa!!!inilah ularmak akhir zaman....masyuk tuang guru...jgn tak masyukkkk..duit masyuk kalu...kopiah tah kemana...stand tah kemana....

Tanpa Nama berkata...

Yang pasti selepas pemergian arwah TGNA banyak perkara yang pelik2 berlaku dalam PAS. Kenapa???

Tanpa Nama berkata...

ambil artikel banggang gitu laa

Tanpa Nama berkata...

Tuang guru....mcm mana....? Menyokong perdana menteri yg byk bt onar.... Bt fitnah..... Menipu...boleh masuk syurga ke....?

Tanpa Nama berkata...

Rasuah jawatan kat bks timbalan dan mursyidul am. Hadi pun tunggu jawatan yg sesuai dgn jawatan presiden. Setaraf ngn najib, presiden belaka tu.

Pencolekhangek berkata...

Bukan semua ulamak boleh diikut apatah lagi orang yang selalu u-turn dan go ahead dan go a stern. Rasulillah pun dah bagi panduan mengenai ulamak akhir zaman. Sendiri mau ingatla.