Jumaat, 7 Ogos 2015

UMNO bertambah kuta hehehehehe

Serangan pertama yang dilakukan boleh dilihat berpotensi mencetuskan krisis dalaman Umno, bermula dengan pemecatan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yasin dan naib presiden Umno Shafie Apdal daripada kabinet Perdana Menteri Najib Razak.

Walaupun tidak ada tindakan terang-terangan dilakukan, pertelingkahan  di akar umbi kini sedang berlaku di seluruh bahagian Umno yang dalam proses  menjalankan mesyuarat agung tahunan (AGM).

Pemimpin mana yang menerima jemputan perasmian mesyuarat boleh menjadi petunjuk jelas pihak yang disokong oleh bahagian, dan jemputan itu ialah peluang kepada pihak-pihak bertelagah untuk memenangi hati dan sokongan ahli-ahli akar umbi.

Hujung minggu lepas, Najib telah merasmikan mesyuarat bahagian Umno Seremban dan Kota Melaka, sementara Muhyiddin pula merasmikan mesyuarat bahagian Umno Kluang.

Sementara itu, Shafie, telah menghadiri rumah terbuka Hari Raya bahagiannya di Semporna.

Dalam ucapan, Najib menekankan kesetiaan kepada parti dan perpaduan dalam pentadbiran, cuba meredakan kritikan terhadap tindakannya memecat Muhyiddin dan Shafie kerana kritikan terbuka mereka kepada cara dia menangani cabang pelaburan negara sarat hutang 1Malaysia Development Berhad.

Walaupun begitu, Muhyiddin dan Shafie sehingga kini mengakui yang mereka akan terus setia kepada Umno.

Apa sahaja kritikan kepada Najib, hujah mereka, telah dilakukan atas nama menjunjung kepercayaan rakyat yang meminta mereka bersuara tentang isu-isu menyentuh kepentingan negara.

Sehingga kini, hanya Umno Negeri Sembilan melalui menteri besar dan pengerusi perhubungan negeri Mohamad Hasan yang secara terbuka memberikan sokongan kepada Najib.

Pemerhati-pemerhati politik, bagaimanapun, percaya yang akan tercetus revolusi dalam Umno, berkemungkinan besar akan dimulakan oleh Johor- tempat kelahiran parti dan bekas presiden pengasas Onn Jaafar.

Peringkat akar umbi di sana, sangat setia kepada Umno dan pemimpin yang dipilih mereka, selain memandang tinggi dan menghormati keluarga diraja Johor.

Maka apabila Muhyiddin dan Menteri Besar Khaled Nordin dipanggil menghadap Sultan Johor, kebanyakan rakyat melihatnya sebagai petunjuk akan berlaku perubahan besar kepada parti pemerintah itu- yang kini dilihat sedang bergelut dengan krisis keyakinan di bawah kepimpinan Najib.

Tidak banyak yang diketahui tentang apakah yang sebenarnya dibincangkan  sepanjang pertemuan selama sejam pada 2 Ogos tetapi Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail, melalui akaun Facebook Johor Southern Tiger, telah memuat naik gambarnya, bersama-sama ayahndanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor, Muhyiddin dan isteri, serta Khaled sewaktu pertemuan di Istana Bukit Serene itu.

Sekali lagi, bagi rakyat biasa, ini dilihat sebagai sokongan institusi diraja secara tidak langsung kepada apa sahaja rancangan yang sedang dirancang oleh Muhyiddin dan Khaled.

Sumber di pejabat Khaled, bagaimanapun, memberitahu Semut Harian yang ketuanya tidak terlibat dalam perbincangan politik sewaktu pertemuan itu kerana dia tiba lewat setelah minum petang dihidangkan pada jam 4 petang.

Dia juga berkata yang kenyataan Khaled, seperti yang dicoretkan di akaun Facebooknya pada 4 Ogos, sebenarnya dilakukan pada perasmian mesyuarat agung Wanita Umno Pasir Gudang, sebelum pertemuan itu berlaku.

Khaled dalam ucapanya berkata yang Umno tidak boleh berdiam diri sekiranya korupsi atau pengkhianatan kepercayaan telah menjadi budaya parti itu.

“Umno tidak wajar berdiam diri apabila parti tidak lagi mengutamakan perjuangan tetapi digunakan untuk mempertahankan individu tertentu atas nama kesetiaan parti kepada pemimpin,” kata Khaled, mengulangi kenyataan Muhyiddin yang dibuat di Klang dan dalam ucapan kontroversinya sewaktu mesyuarat bahagian Umno Cheras.

Mungkin terdapat ramai ahli-ahli akar umbi  Johor sedang menanti arahan jelas dari pemimpin mereka, termasuk anak lelaki Khaled- Akmal Saufi – yang sebagai maklum balas kepada ayahnya telah memberikan 15 soalan secara langsung kepada Najib melalui akaun Facebooknya.

Timbalan pengerusi tetap Umno Mohamad Aziz memberitahu Semut Harian yang dia menghormati Khaled sebagai pemimpin sejati parti yang memiliki keperibadian seorang pemimpin Umno Johor.

“Saya tidak akan mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno Johor yang lain tetapi saya bersetuju dengan kenyataan MB bahawa kita tidak boleh menafikan wujud keretakan dalam Umno,” kata yang Yang di-Pertua Dewan Johor.

Selepas pemecatan Muhyiddin, beberapa pemimpin Umno Johor yang kekal dalam Kabinet telah mempertahankan tindakan Najib dan mengulangi desakannya untuk menjunjung “kesetiaan dan perpaduan” dalam pentadbiran.

Muhyiddin sendiri mengecam mereka dalam ucapannya, memanggil seorang timbalan menteri sebagai “angkuh” dan memberi isyarat yang seorang lagi timbalan menteri sedang berusaha mendesak tindakan tata tertib dikenakan kepadanya.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, kenyataan Muhyiddin disasarkan kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri Pengangkutan Abdul Aziz Kaprawi.

Abdul Aziz memberitahu Semut Harian: “Isu 1MDB telah digunakan pembangkang untuk menjatuhkan Najib....Mengapa Muhyiddin menggunakan senjata yang sama?”

“PM (Najib) telah menjelaskan isu tersebut dan saya duduk bersama Muhyiddin dalam Majlis Tertinggi Umno. Jangan beritahu saya yang dia (Muhyiddin) tidak faham?” kata MP Seri Gading itu yang medesak ahli-ahli Umno Johor untuk berfikir sedalamnya sebelum mempertahankan pemimpin dari negeri itu.

Pemerhati menyifatkan yang Muhyiddin dijangka akan menerima sokongan besar daripada 26 bahagian Umno di Johor, kecuali di beberapa bahagian yang diketuai oleh pemimpin dalam pentadbiran Najib, iaitu, Sri Gading (Abdul Aziz), Pontian (Ahmad Maslan), Sembrong (Menteri Pertahanan Hishamuddin Hussein), Pengerang (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Azalina Othman), Batu Pahat (Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Puad Zarkashi) dan Pulai ( Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed).

Walaupun begitu, ketua bahagian pro-Najib ini belum dapat menjamin sokongan penuh ahli-ahli bahagian mereka, ditambah dengan kejadian terbaru bantahan yang menyaksikan perletakan jawatan dalam beberapa bahagian Umno Johor.

Di Sabah pula, Shafie yang merupakan MP Semporna dan ketua bahagian Umno Semporna dipetik oleh The Borneo Post sebagai berkata yang: “ Saya adalah salah seorang pengasas Umno di Sabah dan saya meminta ahli-ahli Umno terus menyokong parti ‘suci’ ini. Maka, kita perlu bersatu untuk memperkuatkan Umno.”

Menurut laporan 4 Ogos, bekas Menteri Pembangunan Wilayah dan Kemajuan Luar Bandar itu akan menarik balik jemputan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat tahunan bahagian pada 15 Ogos dan menggantikan Najib dengan Muhyiddin.

Dan pada 8 Ogos, Muhyiddin dijangka merasmikan mesyuarat tahunan bahagiannya di Pagoh.

Walaupun Najib telah menyentuh kepentingan sebuah ‘kapal’ hanya boleh diketuai oleh seorang kapten, perkembangan terbaru ini nampaknya membuktikan, ahli-ahli akar umni Umno dan pemimpin yang kritikal kepada Najib sangat memahami yang Umno lebih penting berbanding seorang individu dan mereka enggan terus tenggelam bersama-sama kaptennya.
~ Alyaa Alhadjri

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: