Khamis, 30 Julai 2015

Gempar: Sayap MH370 ditemui di Pulau Reunion?

Sebahagian sayap pesawat berkemungkinan jenis Boeing 737 seperti jenis yang digunakan penerbangan MH370 di temui di Pulau Reunion, yang terletak di Laut
Hindi - Foto twitter Aviation Safety Network

PULAU REUNION, 30 Julai:

Seorang pakar penerbangan percaya beliau menemui bangkai pesawat MAS, penerbangan MH370, yang hilang pada Mac, tahun lalu.

Bekas juruterbang tentera Xavier Tytelman, yang kini pakar dalam keselamatan penerbangan, dihubungi pagi Rabu oleh seorang penduduk di Pulau Reunion di
Laut Hindi.

Penduduk berkenaan menghantar beberapa foto bangkai kapal terbang, di mana dipercayai milik pesawat yang hilang.

“Saya telah meneliti beratus-ratus foto dan berbincang dengan rakan sekerja,” kata Xavier kepada The Telegraph.

“Kami bersetuju ia mungkin sayap Boeing 777 – jenis pesawat yang sama yang digunakan untuk penerbangan MH370.

“Polis di Reunion sedang meneliti bangkai itu dan berkata ia kelihatan telah berada di dalam air kira-kira setahun lamanya, tempoh yang sama sejak kehilangan
MH370.

“Kami tidak dapat memastikannya tetapi berkemungkinan inilah pesawat yang dicari,” katanya.

Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, Mac tahun lalu.

Xavier berkata mereka tidak tahu berapa lama dapat memastikan perkara itu tetapi ia satu perkembangan yang menarik.

Katanya lagi terdapat banyak perbincangan mengenai kod yang ditemui di bangkai berkenaan iaitu BB670.

“Ia bukan nombor plat sebuah pesawat ataupun nombor siri di enjin,” tulisnya.

“Tetapi sekiranya sayap berkenaan milik MH370, ia akan dapat dikenalpasti melalui nombor berkenaan. Mungkin dalam masa beberapa hari saja kita akan mendapat
jawapan sebenar.”

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: