Jumaat, 31 Julai 2015

Ahli Parlimen Umno gesa Najib jelas status siasatan 1MDB

Persepsi rakyat kini cenderung bahawa Najib telah menyekat golongan mereka yang cuba mendedahkan perkara sebenar mengenai 1MDB. Perangai buruk yang sangat memalukan ...

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak digesa segera menjelaskan mengenai situasi siasatan 1 Malaysia Development (1MDB) oleh pasukan khas
memandangkan pertukaran jawatan peguam negara iaitu kepada Tan Sri Mohamed Apandi Ali, kata Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Ahli Parlimen Umno itu antara tetamu yang kelihatan berada di rumah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, gesaan tersebut dinyatakan
kerana tidak mahu situasi di mana peguam negara digugurkan pada saat akhir penyiasatan syarikat bermasalah akan memberi gambaran negatif kepada kerajaan.

"Yang kita bimbang dari segi institusi apabila peguam negara digugurkan pada saat-saat akhir kerana kita tahu ada siasatan dan ia kini di peringkat akhir.
Ini memberi gambaran negatif kepada kerajaan.

"Saya harap perdana menteri dapat jelaskan status siasatan pasukan khas mengenai 1MDB ini," katanya ketika ditemui di hadapan rumah bekas timbalan perdana
menteri di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) turut mengulas mengenai situasi berlaku terhadap badan tersebut apabila tiga daripada
anggota dan termasuk pengerusi dilantik menjadi timbalan menteri dalam rombakan Kabinet.

Katanya, buat masa kini, segala pelantikan ahli PAC baharu akan diputuskan oleh speaker dalam sesi Parlimen akan datang iaitu pada Oktober ini. – 30 Julai,
2015.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: