Khamis, 13 November 2014

Kalau nak telefonmu semula, mu kena seks dengan aku

“Suspek berjanji akan memulangkan telefon bimbit mangsa jika mangsa memberi wang sebanyak RM1,000 kepadanya serta melakukan hubungan seks bersamanya dan

KUALA TERENGGANU - Seorang wanita hidup dalam ketakutan selepas diperas ugut sebanyak RM1,000 selain diajak melakukan hubungan seks sekiranya ingin mendapatkan
semula telefon bimbit jenis iPhone 5 nya yang hilang.

Mangsa berusia 32 tahun itu menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar suspek ketika berada di kediamannya di Bandar Marang, kira-kira jam 12.15 tengah
malam, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa yang berada di sebuah resort di Kuala Ibai, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, Isnin lalu telah kehilangan telefon
bimbitnya itu.

Jelasnya, mangsa yang mengesyaki telefon bimbitnya tercicir cuba mencari tetapi gagal sebelum mengambil keputusan beredar dari tempat kejadian.

“Mangsa juga beberapa kali menghubungi telefon bimbitnya namun tidak dijawab sebelum bertindak menghantar SMS ke nombor telefon bimbitnya kira-kira jam
10 malam hari sama dan meminta sesiapa yang menjumpai iPhone 5 itu agar menghubunginya.

“Bagaimanapun, suspek hanya membalas SMS mangsa kira-kira dua jam kemudian dengan dua permintaan melampau.

“Suspek berjanji akan memulangkan telefon bimbit mangsa jika mangsa memberi wang sebanyak RM1,000 kepadanya serta melakukan hubungan seks bersamanya dan
rakan-rakannya,” katanya.

Sumber menjelaskan, mangsa mendakwa suspek masih menghantar SMS kepadanya dan nekad membuat laporan di Balai Polis Marang untuk tindakan lanjut kerana
bimbang keselamatan diri selain ingin mendapatkan semula telefon bimbitnya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.

more updates ..



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: