Jumaat, 6 Jun 2014

rahsia Mahathir memerintah lama terbongkar

"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi. -SH

GOMBAK - Gesaan pemimpin Umno supaya penjawat awam khususnya guru kembali ke pangkuan BN dengan membenarkan mereka berpolitik hanya akan merugikan parti
itu.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tiada jaminan warga pendidik itu berpihak dan memberi sokongan kepada parti pemerintah jika mereka
diberi kelonggaran untuk menceburi bidang politik.

"Mereka (guru) tidak akan sertai BN tetapi mereka sertai Pas dan kerajaan akan hadapi masalah bila guru menjadi pengikut parti pembangkang.
{baca lagi klik butang papar ... }



"Kerajaan kena ingat apabila mereka masuk politik, mereka tidak semestinya menyokong BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Siri Syarahan Perdana
Presiden' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang meminta warga pendidik
itu kembali ke pangkuan BN.

Katanya keputusan kerajaan sebelum ini menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan boleh melemahkan BN.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menambah jika cadangan itu tidak diperhalusi, kelonggaran itu dikhuatiri akan mengancam kerajaan kelak.

"... mereka bukan sahaja tidak akan sertai BN malah lebih buruk lagi akan menentang kerajaan pemerintah," katanya lagi. -SH

Menteri gesa guru kembali pada BN


Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, keputusan untuk menyekat guru dari menyertai politik adalah satu kesilapan dan menggesa
para penjawat awam tersebut kembali ke pangkuan BN.

“Mari bersama Umno, MIC, MCA atau BN. Guru sebenarnya pengerak (dalam parti). Barangkali kita sudah buat kesilapan 10 hingga 12 tahun lepas, tidak benarkan
guru memegang jawatan dalam politik.

“Maka guru terpaksa letak jawatan sebagai setiausaha cawangan bahagian, timbalan ketua bahagian, ketua bahagian dan seterusnya.

“Tetapi baru-baru ini kita telah benarkan guru aktif semula, jadi saya merayu kalau boleh guru kembali semula kepada kami, bantulah kami,” katanya dalam
Majlis Penghargaan Guru di Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno dan BN, menghadiri majlis makan tengah hari bersama Yayasan Pendidikan Cheras selaku Menteri Wilayah Persekutuan.


Turut hadir dalam majlis itu, Ketua Bahagian Timbalan Menteri Pelajaran II P Kamalanathan dan ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, yang merupakan
pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras.

Tengku Adnan juga berkata guru yang tidak menyertai politik boleh melemahkan BN kerana golongan itu sejak awal lagi merupakan penggerak parti.

“Barangkali itu juga yang melemahkan kita. Ia kerana kita tidak mempunyai penggerak di kalangan guru, guru besar dan pengetua,” katanya.

Sekatan penglibatan guru dalam politik ditarik balik pada tahun 2010, namun kakitangan awam lain masih dihalang bergiat aktif dalam dunia politik.

Tengku Adnan berkata demikian susulan kenyataan seorang guru yang ditegur oleh seorang pegawai khas di Kementerian Pendidikan kerana menyiarkan poster
kempen DAP Dyana Sofya Mohd Daud di akaun Facebooknya.

Seorang pegawai Kementerian Pendidikan didakwa meminta guru tersebut menutup akaun Facebook berkenaan dan memberi amaran untuk terus mengawasi tindakan
guru wanita berkenaan. -mk

sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

7 respon:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu la ni bodoh abadi..bkn mendidik pun..makan gaji buta...budak2 skrg otak cerdik bkn pasal cikgu yg didik tapi kecerdikan semulajadi sbb minum susu mahal2 dan kecanggihan teknologi skrg..kecik2 dh pandai godek ipad..soo cikgu cekgi jgn nak perasan..cikgu skrg takde otak..poyo jer lebih..kalau cikgu ada otak tak akan ada org mcm cikgu shida dan cikgu bodoh yg racun kucing jiran sampai mati 20 ekor..bodoh bahlol cikgu zaman skrg..

Quantum Metal Consultant berkata...

Tugas guru untuk kencing duduk..

Tanpa Nama berkata...

UMNO sendiri kalau ingin kan memrintah harus lah bersih dari segala najis yang ada.

Tanpa Nama berkata...

yg dok kata macam2 kat guru tu elok ajar sendiri anak kat rumah.

Tanpa Nama berkata...

banyak cantik komen tuan,

Tanpa Nama berkata...

tak tau ke ibubapalah guru sebenar, awak tak didik ibubapa awak ta betui.jadilah awak tak tahu apa itu guru.

Tanpa Nama berkata...

septut anda jgnlah gara2 setitik nila rosak susu sebelanga. Fikir2lah kalu anda anak tak tahu berfikir itu bermakna ibubapa awaklah yg butahuruf nasiblah ada jug guru yg ajar awak yg biadap ini.