Sabtu, 31 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Insiden panas pagi pembuangan undi


10.30 pagi: Kampung Bahagia - penyokong BN dan DAP masih bertekak antara satu sama lain serta menggunakan perkataan kesat.

Di pihak DAP agak tenang dengan hanya dua atau tiga orang sahaja yang bertindak balas jeritan Pemuda BN di bawah pancaran panas matahari.

Anggota polis memerhati dan memantau keadaan tersebut.


10.15 pagi: SMK Sultan Abdul Aziz - Salah satu daripada bas yang diatur oleh DAP tiba dari Kuala Lumpur dengan kira-kira 10 pengundi.

Kad yang bertulis 'Jom Balik Undi, Vote Wisely, Vote for the future of our country diletakkan di bahagian dalam bas itu.

Tiada seorang pun daripada mereka yang mahu ditemubual pihak akhbar di luar kawasan sekolah.

10.00 pagi: SMK Sultan Azlan Shah - Dua wartawan portal bertekak dengan seorang pegawai SPR, yang meminta pihak akhbar supaya keluar dari kawasan sekolah.

Pegawai wanita itu, yang namanya tidak dikenali, mendakwa sekumpulan enam petugas media telah "mengganggu" pengundi.

Wartawan, yang berdiri di hadapan koridor, menjelaskan bahawa mereka hanya menunggu lawatan Dyana.

Berikutan itu, seorang anggota polis datang bercakap dengan pegawai SPR berkenaan, dan pihak media akhirnya dibenarkan menunggu di situ.

Sebelum itu, beberapa jurugambar mengadu bahawa mereka tidak dibenarkan mengambil gambar di kawasan sekolah.

10.00 pagi: SK Kampung Bahagia - Penyokong BN dan DAP dipisahkan hanya lima meter dari satu sama lain oleh dua buah kenderaan pacuan empat ronda.

Penyokong BN berang apabila penyokong DAP menggantung kangkung dengan wang kertas RM1 di hujung galah.

"Hoi! Kangkung tu turunkan! DAP celaka!" jerit sebahagian penyokong BN ke arah penyokong DAP.

10.00 pagi: Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar peratus pengundian pada jam 9 pagi ialah 11.81 peratus atau 7,080 orang.

Maklumat itu telah dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan di Teluk Intan.

9.50 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong melawat pusat mengundi di SJKC Phooi Yong dan memberitahu pemberita bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya jika beliau kalah.

Mah juga mengatakan beliau tidak tidur kerana peringkat akhir kempen sangat "meletihkan".

Sementara itu, Dyana ketika melawat ke sini sebelum ini, memberitahu pemberita bahawa beliau "kagum" dengan kehadiran di ceramah kemuncak DAP malam tadi.




# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: