Khamis, 29 Mei 2014

Kenapa Ketua Pesuruhjaya SPRM ini tolol sangat?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan mengkaji semula kaedah pemberian subsidi diesel kerana berlaku banyak ketirisan yang merugikan negara.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata saranan ini sebahagian daripada usaha untuk mencegah kegiatan penyeludupan diesel yang mengakibatkan kerugian wang kerajaan.

Beliau berkata sejak lima tahun lalu SPRM sudah melakukan 90 tangkapan membabitkan penyelewengan diesel meliputi pihak berkuasa dan kumpulan tidak bertanggungjawab.

"Jika ketirisan ini dapat dikurangkan, lebihan peruntukan itu boleh disalurkan kerajaan kepada perkara membabitkan kepentingan rakyat," katanya ketika ditemui selepas Bengkel Kewartawanan Bersama SPRM memerangi rasuah di ibunegara.

Mengulas tentang kegiatan penyelewengan subsidi diesel baru-baru ini, Abu Kassim berkata hasil siasatan mendapati mereka yang terbabit begitu mudah cuba merasuah pihak berkuasa dan ini menyebabkan penguatkuasa terpanggil untuk mengambil tindakan tegas terhadap perasuah.

Abu Kassim juga menggesa pihak berkuasa dan orang ramai tampil mengemukakan aduan berhubung kegiatan itu bagi membantu SPRM membendung penyelewengan diesel dan memberi jaminan mereka dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.

- Bernama

Dah baca cerita kat atas .. ?

1. Mana pergi Kastam, ATM, Polis dan lain-lain penguatkuasa? semua dah tidur?

2. SPRM digunakan untuk halalkan hapuskan subsidi diesel? kalau ya, sah celaka.

3. SPRM tak kesan mana-mana pegawai tertinggi yang makan rasuah kes diesel?

4. Nampak macam cerdik, tapi benda busuk orang boleh bau. UMNO jangan gunakan SPRM untuk terus hapuskan segala macam subsidi ..


sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: