Sabtu, 24 Mei 2014

Ancaman bakar Pemuda Umno satu balasan buat DAP, kata Zahid Hamidi

Ancaman yang dibuat Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP pada Khamis lalu adalah satu balasan yang perlu dibayar DAP kerana membernarkan ahlinya mengeluarkan perkataan menghina, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Tindakan Pemuda Umno itu mencerminkan kemarahan pemimpin mereka. Mereka sakit hati, itu tak dapat nak elak," kata Zahid yang juga naib presiden Umno kepada pemberita di Teluk Intan hari ini.

"Saya nak beri amaran kepada semua parti sila hormati parti lain dan jangan guna perkataan yang boleh menyakitkan perasaan orang lain.
{baca lagi klik butang papar ... }



"Saya bimbang harga balasan yang perlu dibayar jika kamu salah guna perkataan seperti YB Rayes.

Kira-kira 50 Pemuda Umno Wilayah Persekutuan mengadakan protes di hadapan bangunan DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur pada Khamis lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Pengarah Strategi DAP Dr Ong Kian Ming.

Selain memegang sepanduk, mereka juga mengugut membakar bangunan DAP selain merosakkan papan tanda parti.

Protes itu diadakan selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer kerana mengeluarkan perkataan “Umno celaka” semasa sidang Dewan Pulau Pinang Selasa lalu.

"Bila kita naik marah, inilah harganya yang perlu dibayar jika kamu salah guna ayat.

"Bila (Ketua Pemuda Umno) Khairy Jamaluddin mencabar Rayer supaya mengulangi kenyataannya di luar Dewan, dia tak berani.

"Rayer guna kuasa imunitinya dalam Dewan untuk menghentam apa sahaja dan ini mengecawakan," kata Zahid.

Katanya, imuniti yang diperoleh wakil rakyat sepatutnya digunakan dengan hormat, bukan untuk disalahgunakan.

Zahid turut menggesa semua wakil rakyat lain kekal rasional dengan mengatakan "mereka boleh berbeza pendapat tetapi gunalah perkataan yang elok supaya tiada pihak yang tersinggung.

"Bagaimana kita mahu hormat orang jika mereka tak nak belajar hormat orang lain," soalnya. – 24 Mei, 2014.

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: