Selasa, 1 April 2014

MH370: Hishammuddin cabut lari ke Hawaii


  • Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini.
Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut. {baca lagi klik butang papar ... }
Promosi terhad pengiklanan: RM10 per bulan. Untuk lima tempat sahaja. RM30 untuk 5 bulan!! Maklumat lanjut: rujuk sini
# sila like "kami undi pakatan rakyat"
“Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain. “Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini. Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370. Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddin. – 1 April, 2014. PBO: Hishammuddin bukan lari, dia cuma takut nak menjawab pelbagai persoalan yang dia sendiri pening untuk menjawabnya. Terutama soalan seperti wartawan yang bertanya apakah dia sepeu kepada Najib heheheheh. Sebenarnya Azmin yang silap kot. Hishammuddin pergi persidangan Menteri - Menteri Pertahanan la oi.

Artikel Berkaitan

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: