Rabu, 30 April 2014

Gadis ini Terselamat daripada diperkosa

Kuala Lumpur – Seorang gadis berusia 17 tahun nekad melawan suspek lelaki yang cuba merogolnya walaupun penjenayah itu mencekik leher mangsa sekuat hati.

Dalam kejadian jam 6 petang kelmarin, mangsa dikatakan diserang penjenayah ketika menunggu ibunya untuk keluar makan di kawasan perumahan berhampiran Taman Muda, Ampang, di sini.

Sumber polis berkata, mangsa yang bersendirian dihampiri suspek berusia lewat 20-an dari arah belakang sebelum memeluknya.
{baca lagi klik butang papar ... }


“Mangsa meronta-ronta bagi melepaskan diri, namun dipukul lelaki terbabit. Tidak cukup dengan itu, mangsa turut dicekik suspek dipercayai bagi mengelakkannya menjerit.

“Remaja terbabit terus bergelut sebelum lelaki itu cuba menanggalkan pakaiannya dipercayai bagi merogol mangsa,” katanya.

Sumber itu berkata, mangsa yang bergelut dengan suspek kemudian terjatuh sebelum menjerit meminta pertolongan daripada orang ramai.

“Jeritan kuat itu didengari penduduk kawasan berkenaan sebelum lima hingga tujuh lelaki bergegas memberi bantuan,” katanya. – myMetro Online

sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"





ARTIKEL BERKAITAN


RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Gadis macam ini barulah boleh dikatakan pandai menjaga kehormatan diri, berbanding suri rumah berusia 29 thn yg senang2 kena rogol oleh 'pakar motivasi' baru2 ini. Penjenayah memanglah orang yg jahat tak kan orang baik pula, tetapi persiapan diri adalah penting untuk mengelak drp menjadi mangsa.