Rabu, 30 Mac 2011

PKR bantah 'Datuk T' dilindungi undang-undang

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Ahli-ahli Parlimen PKR mendesak kerajaan supaya tidak memberikan perlindungan kepada trio ‘Datuk T’ yang menjadi dalang dalam tayangan video lucah palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof seperti dilapor KeadilanDaily berkata, perlindungan kepada individu berkenaan sebenarnya cuba menjadikan Anwar sebagai tertuduh sedangkan beliau sebenarnya adalah mangsa.







“Apabila perlindungan diberi kepada trio ‘Datuk T’, ia menjadikan Anwar sebagai suspek,” kata Yusmadi yang juga pengamal undang-undang.

Yusmadi turut merujuk jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kong pada 20 April tahun lalu yang menyatakan bahawa saksi yang sudah melakukan pendedahan kepada media, tidak layak mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Saksi.

Justeru, katanya, berdasarkan prinsip yang sama, individu berkenaan, yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, tidak layak mendapat perlindungan sebagai saksi.

Menurutnya lagi, kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz, bahawa individu berkenaan boleh dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat, mengelirukan dan bertentangan dengan undang-undang.

Malah, kata Yusmadi lagi, selain perlu didakwa di bawah Seksyen 292 kanun Keseksaan Jenayah kerana melakukan tayangan serta pengedaran video lucah, mereka juga perlu didakwa kerana melakukan ugutan jenayah (criminal intimidation).

Turut menyertai Yusmadi pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din; dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Abdullah Sani.

sumber klik sini

Ini jawapan Nazri:

KUALA LUMPUR: Trio Datuk 'T' yang mendedahkan rakaman video aksi seks didakwa melibatkan mirip seorang pemimpin pembangkang tidak akan dilindungi di bawah Akta Pemberi Maklumat sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Menteri di Jabatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata mereka tidak boleh mendapat perlindungan di bawah akta itu kerana mereka telah mendedahkan maklumat itu kepada orang awam.
Bagaimanapun, mereka boleh dilindungi di bawah Akta Perlindungan Saksi sekiranya berlaku pertuduhan bersabit dengan video seks itu selepas siasatan dilakukan. "Apabila seseorang itu telah memaklumkan atau menzahirkan kepada awam bahawa dialah yang telah memberikan maklumat itu, maka akta itu (Akta Pemberi Maklumat) tidak boleh dipakai lagi ke atasnya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2010) 2011 bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
"Sesiapa sahaja yang pergi kepada akhbar atau menzahirkan kepada akhbar
tentang maklumat, maka tidak boleh dilindungi. Maka apa yang saya katakan
sebagai 'kemungkinan' sebelum ini, tidak lagi boleh dipakai," katanya.
Semalam, Mohamed Nazri berkata trio Datuk 'T' yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Datuk Shuib Lazim akan dilindungi di bawah kedua-dua Akta berkenaan sekiranya pihak berkuasa mendapati ada kes.
Mohamed Nazri turut menegaskan tidak wujud campur tangan dari pihak kerajaan
dalam siasatan yang dijalankan terhadap kes itu seperti yang didakwa oleh pembangkang.
Katanya pertimbangan untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi
menyiasat rakaman video seks itu hanya akan diputuskan selepas siasatan penuh
mengenai perkara selesai dijalankan.
"Paling terbaik sekali adalah serah kepada polis untuk menyiasat dan tunggu keputusan siasatan, barulah kita tahu apa tindakan selanjutnya," katanya.
Menjawab desakan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) yang mahu kerajaan
segera menubuhkan Suruhanjaya Diraja, Mohamed Nazri berkata kerajaan tidak takut
untuk menubuhkan suruhanjaya itu sebaliknya masih menunggu hasil siasatan polis.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. - BH

sumber klik sini

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: