Ahad, 27 Mac 2011

Mengintai pinggul artis paling seksi

Apa yang menarik pada entry kali ini? Mengintai pinggul orang? Atau menjerumuskan diri kita ke lembah neraka?

Artis itu melayu, beragama Islam dan banyak ayat dalam quran mengenai aurat dan hiburan. Namun itu juga yang dikejar.

Saya merujuk kepada artikel muka depan HM hari ni. Pencarian artis paling seksi dan menggoda. Macam mana bentuk pinggul? buah dada tak sebut sekali ke sapa paling besar dan mantap? Bangang!

Gempa bumi dah menghampiri titik Malaysia tapi kita masih lagi mendewakan artis.

baca kat HM di sini

atau






KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.

Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian
Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.
Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima
daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.

Setakat ini, pelakon penuh kontroversi, Fasha Sandha masih menduduki tempat pertama carta undian. Pada minggu pertama, undian teratas mulanya memihak Rozita
Che Wan. Namun, nama Fasha membuat kejutan pada minggu berikutnya apabila mendahului semua artis lain dengan rating sebanyak 14.76 peratus sehingga kelmarin.
Kedudukan carta berkenaan sentiasa berubah, namun setakat ini populariti pelakon filem Anak Halal dan Evolusi KL Drift itu masih belum dapat ditandingi.
Rozita terus mengikut rapat di belakang Fasha, itupun perbezaan rating antara kedua-dua selebriti popular ini tidak jauh. Setakat ini, Rozita mendapat
undian 10.31 peratus, dan hanya 4.45 peratus di belakang Fasha. Rozita satu- satunya artis berusia dan berstatus janda dalam senarai lima artis teratas.
Tiga artis lain dalam senarai lima teratas adalah Zila Bakarin, Rabecca Nur dan Jue Aziz. Rating ketiga-tiga artis ini sangat jauh tertinggal di belakang
Fasha dan Rozita. Zila Bakarin menduduki tangga ketiga senarai dengan undian sebanyak 6.41 peratus. Tuah banyak menyebelahi pelakon lama ini dan lebih
membanggakan Zila tidak pernah terkeluar daripada rating lima terbaik dalam carta. Agak mengejutkan, Rebecca Nur Al Islam menduduki carta keempat gadis
paling seksi. Sekalipun sudah bergelar isteri kepada seorang usahawan, ternyata popularitinya masih belum merudum.

Pelakon muda berusia 25 tahun ini mendapat undian sebanyak 4.19 peratus manakala kedudukan kelima milik Jue Aziz dengan undian sebanyak 3.27 peratus.
Dalam senarai berikutnya, jika dikira mengikut rating ke enam hingga 10, pembaca MyMetro memilih Nora Danish (3.11 peratus), Nur Fazura (3.09 peratus),
Ayu Raudhah (3.09 peratus), Zarina An Julie (2.91 peratus) dan Marsha (2.43 peratus).

Nama artis lain yang turut tersenarai dalam carta undian terbabit ialah Maya Karin, Faradhiya, Diana Danielle, Scha Al-Yahya, Lisa Surihani, Nita Hamzah,
Nasha Aziz, Tiz Zaqyah, Natasha Hudson, Sarimah Ibrahim, Miz Nina, Mimi One Nation Emcee, Juliana Evans, Yasmin Khanif, Maria Farida, Dayang Nurfaizah,
Azharina, Watie Elite dan Julia Ziegler. Berhubung penyiaran undian ‘5 Artis Paling Seksi’ ini, pelbagai reaksi dan persepsi daripada peminat dunia seni
tempatan, terutama di kalangan pembaca Harian Metro dan Metro Ahad.
Menurut seorang pembaca, Fauzi Latif, 30, sekalipun Fasha tidak pernah kering dengan pelbagai kontroversi, tidak dinafikan pelakon terbabit pandai menjaga
penampilan.
“Artis macam Fasha ada pakej menarik. Saya suka melihatnya ketika dia tampil di khalayak, terutama di media.
“Dia ada rupa yang cantik dan pandai pula bergaya. Mata dan pinggul Fasha memang menggoda,” katanya.
Dalam senarai lima artis paling seksi pada mata Fauzi, selain memilih Fasha Sandha sebagai artis paling sesuai dengan jolokan itu, dia turut memilih Tiz
Zaqyah, Faradhiya, Rozita Che Wan dan Nasha Aziz.
Bagi Muhammad Ashraf, 36, dia meminati Fasha bukan saja kerana paras rupa pelakon berkenaan, bahkan daripada segi penampilan serta cara percakapan yang
cukup menggoda dan manja.
“Apabila Fasha tampil di kaca televisyen, gaya pertuturannya berada dalam kelas tersendiri. Dia memang menggoda dan manja, lelaki yang mengenalinya mesti
cair.
“Apapun, bagi pendapat saya, artis seksi tidak semestinya dinilai daripada segi kecantikan dan cara berpakaian. Seperti Nasha Aziz, dia tidak perlu berpakaian
seksi tetapi dirinya itu sendiri secara semula jadi sudah seksi,” katanya yang memilih Fasha Sandha, Nasha Aziz, Maya Karin, Faradhiya dan Sarimah Ibrahim
sebagai artis paling seksi.
Selain itu, Nur Farahliza Azman, 29, pula berpendapat pemilihan Fasha di kalangan pembaca Harian Metro mungkin disebabkan dengan gosip panas yang menaikkan
namanya kebelakangan ini. Bagi Farah, artis paling seksi sepatutnya diberikan kepada Rozita Che Wan.
“Pada pendapat saya, Rozita lebih seksi dan tubuh badannya lebih menggiurkan lelaki. Saya yang juga seorang wanita mengimpikan untuk memiliki tubuh badan
sepertinya.
“Namun, secara jujur, istilah seksi tidak terletak kepada tubuh badan dan pakaian semata-mata sebaliknya ia perlu diukur daripada pelbagai segi seperti
gaya percakapan, cara berpakaian dan sebagainya.
“Begitupun, tidak semua yang berpakaian terdedah sana sini boleh digelar seksi. Bagi saya, seksi itu adalah sesuatu yang subjektif,” katanya.
MyMetro masih mengekalkan undian ‘5 Artis Paling Seksi’ dalam MyMetro. Kepada pembaca yang ingin memberi sokongan pada artis kesayangan anda, sila buat
undian anda dan layari laman web www.hmetro.com.my.



RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: