Bercakap kepada media di parlimen hari ini Lim menunjukkan surat dari Pejabat Perbendaharaan Kelantan yang meminta bantuan pinjaman daripada pusat untuk membayar gaji kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.
Surat itu ditulis Pegawai Kewangan Negeri Kelantan Datuk Nik Kazim Nik Yusoff.
“Ini (surat) bukan daripada saya, dari Kelantan," katanya.
Melalui salinan surat itu, Nik Kazim menyatakan kerajaan Kelantan terdedah kepada kelewatan pembayaran gaji kakitangan serta bil semasa.
Surat bertarikh 18 Jun 2018 itu menyatakan Kelantan perlu pendahuluan dana sebanyak RM97 juta pada Julai bagi menampung perbelanjaan luar jangka serta ketiadaan punsa baru sumber hasil.
"Implikasi shortfall ini akan menyebabkan kerajaan negeri terdedah kepada kelewatan pembarayan gaji kakitangan termasuk sambilan sebanyak RM24.5 juta sebulan, serta bayaran bil-bil melebihi 14 hari," kata surat itu.
Surat itu juga menyatakan kerajaan Kelantan memohon pendahuluan sebanyak RM97 juta bagi menampung aliran wang tunai Kelanta untuk 2018.
Lulus walaupun ada tunggakan
Turut dijelaskan dalam surat itu bagaimana Kelantan mencatatkan aliran menaik defisit akaun semasa dengan jumlah terkumpul berjumlah RM19.46 juta dan defisit kumpulan wang pembangunan berjumlah RM45.03 juta, tidak termasuk tanggungan semasa berjumlah RM49.73 juta.
Kata Lim sebagai kerajaan apa yang dinyatakan mengenai kedudukan kewangan Kelantan dibuat berdasarkan angka-angka dan fakta sebenar.
“Pengurusan ekonomi dan pentadbiran kewangan perlu dijalankan berdasarkan fakta dan angka, bukannya sentimen dan fitnah jahat.
“Sukar memulihkan keyakinan orang ramai dan para pelabur atau membangunkan semula sebuah negeri yang gagal sekiranya membelakangkan fakta dan angka,” katanya.
Lim yang juga anggota parlimen Bagan menambah, Kelantan menerima pinjaman pendahuluan sebanyak RM100 juta yang belum dijelaskan sehingga 31 Disember 2017.
Dalam keadaan begitu Kota Bharu sekali lagi memohon bantuan pinjaman pendahuluan pada Jun tahun ini.
"Biarpun masih ada tunggakan besar, permohonan itu telah diluluskan.
Semalam, Lim mendedahkan Kelantan menerima pemberian (grant) daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM398 juta termasuk RM59.9 pemberian defisit kerana kerajaan negeri itu tidak mempunyai hasil mencukupi untuk membayar perbelanjaannya, termasuk gaji kakitangan awam.
Ditanya tentang tentang kelulusan pinjaman pendahuluan terdahulu (Jun) sebanyak RM22.5 juta berbanding permohonan sebanyak RM24.5 juta, kata Lim, jumlah itu adalah pemberian segera bagi memenuhi keutamaan semasa.
“Ini untuk gaji, jadi (kita) cuba cepat-cepat bagi dahulu.
"Apabila kita beri (begitu saja kepada) sesiapa yang minta, saya rasa itu bukanlah tindakan belanjawan yang berhemah.
“Jadi kita bagi apa yang perlu dahulu iaitu (untuk membayar gaji) kakitangan kerajaan negeri,” katanya.
Lim turut mendedahkan Kelantan sekali lagi membuat permohonan terbaharu dan permohonan itu turut diluluskan.
Lim bagaimanapun tidak mahu mendedahkan jumlah permohonan baru itu buat masa ini.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
10 respon:
sembang mcm islam tp perangai menyebelahi kapir cam guan eng
Nak kata ke kelantan tp kelantan di pinggirkan....beri kebebasan utk kelantan tadbir sendiri dan tgk camne
Negeri2 ph mmg kaya semua ke bodoh?
sembang mcm islam tp perangai menyebelahi kapir cam guan eng
Nak kata ke kelantan tp kelantan di pinggirkan....beri kebebasan utk kelantan tadbir sendiri dan tgk camne
Negeri2 ph mmg kaya semua ke bodoh?
hehehe. bodoh ke cerdik ke, yg pasti kantoi sudah. beriya2 kata tjk bukti. bila dh tjk bukti baru terkinja2 mcm beruk siam
hahahaha... mau menjerit PAS kelantan. Ada mintak lagi tak tahan tu.. hahahahaha
Mohon exchange bloglist. Blog tuan sudah dimasukkan di
bankami.blogspot.com
Ikut kronologinya... ada pentadbir Kelantan tak tau pun situasi kewangan kerajaan negeri.... aduh... dah tak tau pun nak tunjuk bengkeng....
sedih ak tengok org mcm tanpa nama 1:15... ko nie kerja nak menyamakan dan mengapirkan org je la...
mmg dah tertanam dalam perangai ko kan... isu dia, klu tak tahu diam2 je la... dah semalam takiyudin mintak bukti, dah dibagi bukti, org lain pulak yang tejerit2...
ps: jgn isap rokok seludup banyak sangat... benak otak, hitam bibir kang...
Bayar gaji pun hutang kerr.... cari duit sendiri la weiii.. Jual musang king dan karbon dioksid la...kih3
Itulah sebabnya jika hendak bangkitkan isue dalam dewan rakyat semaklah dulu fakta usah bertanya tanpa fakta dan yang ditanya pula pada MOF yang sememang semua data berada ditangan dia sekurang-kurangnya tanyalah secara berhemah bukan soalan untuk mencari kelemahan menteri sekarang siapa yang hilang muka
Kelantan tu cuma nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri saja yang tak cukup duitnya, tapi kalau setakat nak bina projek ECRL tu duit simpanan tunai yang ada dalam serban lebai dan walaunta bersepah-sepah billionnya wehhh!
Rakyat kelantan patut rasa megah krn memilih kerajaan yg bijak mentadbir. Nasib baik 'pandai' minta sedekah. Klu tidak k/t kerajaan pas ktan dan tganu miss syoru.... Modal air liur sj belum cukup bro!
Catat Ulasan