Rabu, 31 Oktober 2018

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM buat kejutan

Dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa RM2.6 bilion adalah derma kerabat diraja Arab Saudi adalah palsu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar perkara sebenar menerusi pertemuan dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) di Washington.

Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, ketika menjelaskan perkara itu, berkata kenyataan Najib sebelum ini didapati bercanggah dengan bukti ditunjukkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman AS (DOJ).

Katanya, kenyataan SPRM pada 2015 bahawa RM2.6 bilion adalah sumbangan daripada pihak penderma dari Asia Barat dan bukannya dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat bersandarkan maklumat yang ada ketika itu.

“Masa itu, menerusi kenyataan berkenaan, kita kata ia adalah derma, tetapi selepas mengadakan beberapa pertemuan (dengan pihak berkuasa lain), perkara sebenar terbongkar,” katanya kepada pemberita di Persidangan Anti-Rasuah 2018 dan Tadbir Urus Yang Baik serta Integriti bagi Pertumbuhan Ekonomi Mampan, di ibu negara, hari ini.

Beliau mengulas percanggahan kenyataan MACC pada 3 dan 5 Ogos 2015 lalu bahawa suruhanjaya itu mengesahkan transaksi deposit RM2.6 bilion ke akaun Najib yang ketika itu menyandang jawatan perdana menteri ialah sumbangan penderma dari Asia Barat dan bukan dana 1MDB.

Pengesahan SPRM menerusi kenyataan ketika itu dibuat bersandarkan penjelasan dikemukakan penderma berkenaan secara peribadi, yang dikatakan seorang putera raja Arab Saudi.

Perincian mengenai penyaluran derma itu turut diperoleh SPRM menerusi pembuktian dokumen perbankan, selain beberapa surat yang dikatakan dihantar kepada pengurusan AmBank apabila dana terbabit dimasukkan ke akaun Najib.

Terus diasak media berhubung rasional di sebalik percanggahan kenyataan SPRM, Abu Kassim berkata: “Mahkamah akan kemukakan kebenaran”.

Najib sebelum ini berulang kali menegaskan bahawa beliau percaya wang diperolehnya ialah hasil pemberian derma dari kerabat Arab Saudi.

Bekas perdana menteri itu ketika ini berdepan lebih 30 pertuduhan, membabitkan kesalahan pengubahan wang haram, rasuah dan pecah amanah susulan pelbagai dakwaan yang mengaitkannya dengan penyelewengan dana bernilai berbilion ringgit daripada syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1MDB.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: