Isnin, 25 Jun 2018

Kentut la .....

Hari ni kecoh ddengan isu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng guna 3 bahasa dalam sidang akhbar kementerian itu minggu lepas. Ia dimulakan oleh facebook BN kemudian disebarkan melalui media masa. Penyokong PAS pun apa lagi, sibuk forward ke seluruh alam benua kata Lim tak hormat Bahasa Melayu. PAS adalah Parti Islam Se Malaysia. Fitnah hukumnya haram. Tak tau apa sudah tukar hukum? Tadi aku baru terima mesej whatsapp dalam group dari seorang penyokong PAS. Kata kita hendak dijajah lagi untuk kali kedua .. bla bla... sayang aku dah delete mesej tu.

Kalau korang perasan, memang ada 3 salinan bahasa. Sidang media total guna Bahasa Melayu, yang lain sebagai terjemahan kepada media asing termasuk China.

Tapi tak apalah. Pembangkang memang kerjanya begitu. Kita pun macam tu dulu hahahahha. Jangan pusing sangat Lim. Teruskan kerja.

Agaknya puak UMNO cuba nak tutup aib dan bencana yang dibuat oleh bekas boss mereka dulu. 1MDB punca segala malapetaka. Sedihnya ada satu parti tu nak bagi tongkat pulak ... malang sungguh.


Malaysia dijangka memerlukan RM34.6 bilion untuk bayaran khidmat hutang 1MDB sepanjang lima tahun ini, menurut Maybank Kim eng Securities.

Menurut Star Online, firma pelaburan itu berkata bayaran khidmat hutang, sama ada prinsipal dan juga kupon, mencecah kira-kira RM1.7 bilion pada 2019, RM1.7 bilion (2020), RM2.7 bilion (2021), RM15.4 bilion (2022) dan RM13.1 bilion (2023).

Khidmat hutang termasuk faedah dan prinsipal terhadap hutang yang dibuat.

Kerajaan menubuhkan 1MDB pada 2009 selepas Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri.

Pada mulanya, ia bertujuan sebagai sebuah syarikat pelaburan tetapi mengumpul hutang berjumlah RM42 bilion dan berdepan masalah aliran tunai pada 2015.

Walaupun pentadbiran Najib mendakwa proses rasionalisasi hutang dilakukan syarikat itu, kerajaan Pakatan Harapan mendedahkan kerajaan BN sendiri yang membayar khidmat hutangnya.

Kebanyakan hutang 1MDB diraih melalui pengeluaran bon.

Menurut Maybank Kim Eng lagi, antara yang boleh dilakukan kerajaan adalah membeli semula bon dalam dolar AS di pasaran terbuka, seperti bon 1MDB Global Investment yang bernilai AS$3 bilion.

Firma itu berkata, bon itu pada masa ini diniagakan pada nilai tara 89 peratus.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

bahasa tamil taknak boh sama ka?

Tanpa Nama berkata...

LGE sengaja jawab guna Bahasa Cina dalam FB sendiri isu 3 bahasa dalam Laman Web rasmi MOF. Macam bagi umpan ikan. Sapa yang termakan memang akan menjentat. Nampak sangat pembangkang yang ada sekarang tak boloeh pakai. Penyokong? HAHAHA.

Tanpa Nama berkata...

tun sendiri kata itu kesilapan kecil..ok..dah tu terima je itu suatu KESILAPAN..tak yah nak spin sangat sebab makin spin makin terserlah kebahlulan tu..simpan sikit utk anak cucu...
(jawab kaedah pembangkang)

Tanpa Nama berkata...

umpan apa nama lahanat...engkau je terjentat-jentat klimaks bila dgr nama LGE..org lain xde nafsu pun nk komen LGE tu..tgk muka pun nmpk retarded..puiii