Isnin, 8 Februari 2016

Dr Asri nasihat Zamihan henti gelar ulama 'anjing'

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zin hanya mempunyai masa sehingga 17 Februari ini untuk berdebat dengan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata selepas dari tarikh itu beliau menganggap tawaran untuk berdebat dengannya sebagai 'tutup kes'.

Ini kerana, menurut Asri beliau akan kerap berada di luar negara selepas tarikh berkenaan.

Justeru, Asri menasihatkan Zamihan agar berhenti mencerca serta menggelar ulama sebagai "anjing" sekali gus mengajak beliau hidup dalam harmoni.

"Selepas tarikh 17 Februari jika beliau masih tidak mahu, saya anggap 'tutup kes'. Saya akan banyak ke luar negara selepas itu.

"Saya harap beliau berhentilah mencerca, memfitnah dan mengkafirkan sesama muslim seperti yang selalu kita saksikan dalam video-videonya.

"Walaupun kita berbeza. Agama tidak menyuruh kita seragam dalam semua perkara tapi menyuruh kita tahu menguruskan perbezaan.

"Tidak perlu maki hamun, tuduh yang bukan-bukan, ucap perkataan yang tidak wajar seperti memanggil mufti "anjing" kerana perbezaan fekah," kata Asri dipetik melalui laman Facebook beliau.

Asri dan Zamihan dikatakan bakal berdepan antara satu sama lain menerusi satu wacana anjuran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Tidak akan paksa debat

Mengulas lanjut, Asri berkata adalah tidak wajar bagi Zamihan memberikan gelaran yang buruk kepada sesama muslim.

"Amat tidak wajar, apatah lagi bagi seorang yang berpendidikan. Lebih dahsyat lagi sampai mengkafirkan sesama muslim seperti beliau katakan kepada Datuk Dr Zahazan 'mu la kafir'.

"Wajarkah begitu? Adapun saya, saya menganggap Zamihan saudara seagama, sekali pun saya tidak bersetuju dengan akhlak, cara dan fahamannya," kata Asri.

Malah, Asri berkata beliau tidak akan memaksa Zamihan untuk berdebat dengannya meskipun presiden Aswaja itu yang memulakannya.

"Jika beliau tidak mahu dialog, saya tidak memaksa. Beliau yang sebenarnya memulakan idea ini," jelas Asri.

Sebelum ini, Asri berkata beliau setuju menerima cabaran Zamihan berdebat isu ekstremisme agama bertujuan memberi penjelasan kepada orang ramai, bukan bagi menentukan siapa menang, siapa kalah.

Sesi wacana bertajuk "Ekstremisme Agama di Malaysia: Satu Perbincangan" itu dirancang diadakan di Auditorium Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, menampilkan Pengarang Astro Awani, Nazri Kahar sebagai moderator.

Sebelum ini, Zamihan dilaporkan sedia mengambil tindakan undang-undang dan mengadakan perdebatan dengan Asri sekiranya mufti itu terus mengaitkan dirinya dengan elemen pro Syiah, ekstremis takfir dan sesat.

Melihat keadaan kian meruncing, Shahidan menerusi posting di Facebook mencadangkan keduanya hadir dalam satu program wacana bagi menjernihkan keadaan.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

3 respon:

Tanpa Nama berkata...

Zamihan kasar, Asri licik.
Di manakah kebenarannya ?

Tanpa Nama berkata...

padan muka zamihan perosak agama

tk perlu jd ustaz la mihan cukup dgn akhlak mulia yg dianjurkn Nabi saw.. itu lbh baik disisi Allah

klu mihan xberubah umat perlu boikot ust jenis... akhlak buruk... agama apa mcm ni

Tanpa Nama berkata...

ustaz2 pas pun ramai mcm zamihan ni. dia sj betul, org lain semua salah