Khamis, 31 Julai 2014

Kisah Benar: Jadi hamba seks jin!

RESAH di hati Liya sejak dua bulan yang lalu, terus membelenggu fikiran dan emosinya. Keadaan perut yang semakin membesar, membuatkan Liya semakin menjadi tidak keruan takut-takut apa yang dijangkakan selama ini akan terjadi.

Mahu sahaja dia berjumpa doktor bagi mendapatkan pengesahan. Namun Liya jadi takut, andai keputusan positif yang dilakukan sendiri melalui alat ujian kehamilan, disahkan oleh doktor. Liya bingung. Bagaimana boleh hamil sedangkan dia sudah lama tidak berhubungan dengan suaminya, Razif.

Razif pula sejak dua bulan yang lalu sering tiada di rumah. Balik pun sekejap-sekejap. Itu pun dalam keadaan keletihan. Cuma apa yang menakutkan Liya, setiap kali suaminya balik ke rumah, malam itu Liya akan ‘didatangi tubuh yang seakan suaminya’ berhubungan dengannya. Tapi Liya tahu, itu bukan Razif kerana Liya masih dapat melihat Razif sedang nyenyak tidur di sebelahnya.

Keesokan paginya dia akan menceritakan kejadian malam tersebut. Namun Razif seolah tidak mahu percaya. Katanya, Liya mungkin berkhayal atau bermimpi. Tapi bukan sekali, sudah dua tiga kali perkara tersebut berlaku. Apatah lagi, setiap kali ‘hubungan’ tersebut berlaku, Liya seolah-olah jadi kaku. Tidak mampu untuk mengejutkan Razif daripada tidur. Liya cuba sedaya-upaya untuk memanggil suaminya, tetapi mulutnya seakan terkunci.

Namun setiap kali hal itu diberitahu Razif, suaminya seolah-olah tidak mahu melayan pertanyaan demi pertanyaan. Liya mula syak sesuatu yang buruk berlaku pada dirinya. Apatah lagi dengan amalan suaminya selama ini yang mencampuradukkan ayat-ayat al-Quran dengan bacaan-bacaan mantera yang sukar untuk difahami, membuatkan kebimbangannya semakin berasas. Namun dia tidak mahu menuduh suaminya dengan perkara yang bukan-bukan.

Bagi mendapatkan kepastian, Liya cuba bertanya kepada Razif. Begitu pun setiap kali dia membuka mulut, pasti akan diherdiknya. Liya takut, jika suaminya terjebak dengan ilmu-ilmu sesat. Pernah suatu malam, Liya nampak suaminya seakan berinteraksi dengan ‘seseorang’. Tapi kewujudannya tidak kelihatan. Bila ditanya, sekali lagi Razif akan memberikan pelbagai alasan.

Perut yang semakin membesar diusap Liya. Fikirannya melayang. Degup jantungnya kian bergetar. “Ini anak siapa?," tiba-tiba soalan itu terpacul daripada mulut Liya. Sesuatu yang cukup membimbangkan Liya, jika bukan anak ini daripada benih Razif, tapi adakah dia anak…? Liya tidak mampu meneruskan bisikan hatinya.

Rohani, teman rapatnya dihubungi. Segala-galanya diceritakan kepada Rohani. Dengan bantuan Rohani, Liya dibawa berubat. Namun setiap kali Liya dibawa berubat, maka malam itu Rohani sering diganggu. Hatta pernah suatu ketika, suami Rohani mendapatinya pengsan di dalam tandas di rumahnya. Bila ditanya, Rohani menjelaskan, kelihatan lembaga yang menakutkan muncul tiba-tiba. Siapa makhluk itu?
sumber


# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

2 respon:

mrhanafi berkata...

memang perkara begini ada berlaku dan ianya mesti diatasi segera!

Unknown berkata...

Bahaya itu adalah jin yang suami kamu buat perjanjian...dengan nya untuk dapat ilmu hitam..dan sebagai habuan isteri dia jadi korban jin itu menuntut untuk dapat kan anak dengan bersetubuh dengan isteri dia...maka lahir lah anak jin yang akan membawa kerosak kan di muka bumi...bertaubat lah sebelum mendapat azab (Allah)ingat lah syaitan itu musuh kamu yang nyata