Jumaat, 21 Ogos 2015

Penjawat awam tak bayar PTPTN mungkin dibuang kerja

Ancaman dibuang kerja dan kenaikan pangkat disekat terhadap kakitangan dan pegawai Kementerian Pendidikan sekiranya tidak membuat pemotongan gaji bagi
membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tindakan tidak perikemanusiaan.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata keputusan itu membuktikan sikap hipokrit Kerajaan Persekutuan apabila bersungguh-sungguh menuntut hutang
PTPTN yang melibatkan 51,884 guru tetapi mengambil ringan dalam isu hutang yang melibatkan 1MDB.

“Lebih hipokrit lagi memandangkan cara kerajaan menangani kemelut pinjaman hutang 1MDB yang berkali-kali menunda bayaran hutangnya dan menggunapakai lingkaran
pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam melunaskan penjualan hartanah dan perluasan perniagaannya.

“Rakyat wajib melawan dasar pincang sebegini. Saya seru para guru bersuaralah, jangan biarkan hipokrasi dan penindasan ini berterusan.

“Kerajaan BN di bawah Najib boros berbelanja, bebas berhutang dan dengan tanpa rasa bertanggungjawab memindah beban hutang kepada rakyat, kini guru. Inilah
masa untuk bersuara dan melawan ketidakadilan ini,” kata Nurul Izzah.

Katanya lagi, pemotongan gaji sepatutnya dilaksanakan terhadap Pengurus Eksekutif dan pengurusan tertinggi 1MDB terlebih dahulu apabila gagal menguruskan
hutang membebankan rakyat dan negara terlebih dahulu sebelum melaksanakan pemotongan gaji pemimjam PTPTN.

“Kerajaan menekan golongan pertengahan dan bawahan sementara melindungi kroni dan golongan elit yang menjadi sebahagian keluarga besar Umno-BN,” kata Ahli
Parlimen Lembah Pantai itu lagi.

Terdahulu, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan melalui notis pemberitahuan di laman web kementerian itu berkata, kakitangan dan pegawainya
diwajibkan membuat pemotongan gaji untuk membayar hutang PTPTN masing-masing.

Jelas notis itu, kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka terlibat dikenakan pelbagai sekatan termasuk tidak berpeluang mendapat kenaikan pangkat,
tidak boleh memohon pinjaman kewangan, dihalang meninggalkan negara malah lebih buruk lagi boleh dibuang kerja.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

1 respon:

Tanpa Nama berkata...

Pemenrentah yang semakin hari semakin zalim keatas kesabaran rakyat suadah hendak menuntut ilmu dipaksa berhutang bagi yang kurang mampu selepas itu diugut pula untuk menamatkan perkhidmatan dimana rakyat yang kurang berkemam puan baru hendak mersa hidup selesa dengan pendapatan yang tidak sebegitu rupa jika dibandingkan dengan penyelewengan yang sedang dan akan terus berlaku oleh segelintir maknusxia yang tidalk bertanggung jawab sudahlah pelbagai cukai dikenakan pada rakyat ini hendak pula diugut dengan zalim apakah kerajaan sanggup melihat rakyat miskin dengan sebab tidak berkemampuan membayar hutang yang dicipta oleh kerajaan sendiri memang tidak dinafikan ada segelintir pemiutang tegar untuk melunaskan tapi usah di samkan dengan yang kurang mampu jika difikirkan dinegara ini apa yang tiada hasil buminya semuanya mewah yang Allah kurniakan tapi kemanakah hasil bumi bertuah ini pergi ,apa yang dapat dilihat pemerentah sendiri membazir wang rakyat pada bukan tempat yang sepatutnya,elaun pemimpin berlipat ganda kesana kemari semua elaun dituntut tapi bagi rakyat semua cukai dikenakan dari cukai hendak berak hinga kecukai makan minum semuanya tidak akan terlepas hinggakan fakir miskin pun dikenakan cukai walhal mereka itu sepatutnya dibantu bukan dicukai,inilah kerajaan malaysia jika bersuara nanti ada menteri bercakap jika tidak mahu dikena itu dan ini dinegara ini pergilah cari negara yang tidak dikenakan sebarang cukai,apakah jenis pemerentah yang dilantik dan dipilih oelh rakyat boleh bercakap sedemian rupa kepada rakyat yang tiada upaya untuk bersuara kecuali dalam suara dalam pilihan raya,jika itulah yang kerajaan kehendaki usahlah gunakan kuasa mengugut ketika pilihanraya.