Selasa, 30 Jun 2015

Pakai apa saja janji jangan telanjang

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara Ng Sze Han mungkin mahu menempa kontroversi baru dengan memperolok-olokkan kod etika pakaian di pejabat kerajaan.

Beliau memuat naik gambar di Facebook memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian “selagi
tidak berbogel”.

“Anda dialu-alukan berskrit mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel.

“Anda tidak akan diberikan kain sarung atau tuala. Kami hormat kebebasan anda dan kebebasan cara berpakaian,” menurut gambar notis yang dimuat naik semalam.

Beliau juga memuat naik tujuh cara berpakaian yang dibenarkan sebagai panduan untuk pengguna.

Ia termasuk gaya kasual (gambar berseluar pendek), profesional (berdasi dan tali leher), tradisional (pakaian Melayu), pakaian ketat, anggun (berkain belah
ke paha) dan pakaian sukan (ala ahli gimnastik).

Bergambar dengan tuala, sarung

Malah, dimuat naik juga gambar beliau dan beberapa orang bergambar dengan notis itu, kain sarung dan tuala sambil tersenyum.

Sebelum ini, tindakan seorang wanita diminta memakai kain sarung ketika berurusan di pejabat kerajaan mencetuskan kontroversi di alam maya.


* ni yang aku tak berapa berkenan .. tolonglah jangan bikin kontroversi bab hal macam ni

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

4 respon:

Tanpa Nama berkata...

Yang tak senonoh tu dilayan secara ulat sudah la. Dia tidak hormat orang jd wajar dilayan secara slow.

Tanpa Nama berkata...

Apa boleh buat Pemimpin-pemimpin Melayu telah di cucuk hidung, ikut saja lah, hebat PM kita.

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya cara berpakaian ke pejabat kerajaan telah lama ada penetapannya, cuma tidak dilaksanakan sahaja. Ianya membezakan antara pejabat kerajaan, pejabat swasta, pasar malam ataupun kelab malam. Pejabat kerajaan mesti berpakaian yang tidak menjolok mata dan bersopan. Kalau swasta terpulang kepada majikannya. Kalau majikan yang tiada agama mungkin boleh suruh pekerjanya hanya berpakaian 50% sahaja. Sebab itulah berlaku di sektor swasta bila pekerja muslimnya dikeluarkan larangan pekerja wanita Islamnya memakai tudung. Bila bab wanita Islam memakai tudung tak disebut pula kebebasan hak individu. Inilah hasil dari pemerintahan umno lebih 50 tahun. Mungkin selepas ini Bangla akan mengambil alih pemerintahan Malaysia berpandukan jumlah yang ada dan mempunyai kad pengenalan, melayakkan mereka bertanding dalam pilihanraya pada suatu hari nanti. Untuk menang pertandingan dalam umno mereka hanya perlu sediakan wang secukupnya untuk ditaburkan....

Tanpa Nama berkata...

Nampak telah sampai masa negara memerlukan peraturan khas kod etika berpakaian di tempat awam untuk rakyat Malaysia. Ini penting memandangkan kaedah berpakaian masyarakat kini agak menjolok mata dan membelakangkan norma-norma masyarakat timur... jika tak mahu dikaitkan dengan Islam.