Khamis, 25 Jun 2015

Kebakaran gudang karpet di Nilai 3 + Video

NILAI: Seramai 70 anggota bomba dan penyelamat masih bertungkus lumus hingga tengah malam tadi untuk memadamkan kebakaran Kilang Karpet Prima di Nilai
3 di sini.

Saiz kilang seluas kira-kira 1.7 hektar dan karpet yang mengandungi pelbagai bahan seperti plastik dan gam, menyebabkan kebakaran belum berjaya dipadamkan
sepenuhnya.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Johari Ahmad, berkata teknik pemadaman kebakaran diubah kepada menggunakan buih, berbanding sebelum ini
menggunakan air.

Katanya, anggota bomba dan penyelamat dari Nilai, Mantin, Seremban 2, Seremban dan Rembau di negeri ini, serta dari Cyberjaya, Bandar Baru Bangi dan pasukan
sukarela dari Desa Petaling, kini menumpukan perhatian terhadap kawasan stor yang dipercayai menjadi tempat bermula kebakaran.

"Saya percaya kebakaran dapat dipadamkan dengan lebih cepat selepas menggunakan buih," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, tengah malam tadi.

Johari berkata, terdapat kira-kira 50 pekerja berada di kilang itu ketika kejadian itu berlaku.

Bagaimanapun, katanya tiada kecederaan membabitkan pekerja yang sempat menyelamatkan diri.

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: