Sabtu, 4 April 2015

Najib - 6 tahun serabut

Semalam, genap 6 tahun Datuk Seri Najib Razak menjadi perdana menteri Malaysia.

Dan sepanjang 6 tahun ini, seingat saya – atau sepanjang pengetahuan dalam hayat saya, inilah masa negara dalam keadaan paling serabut dan paling teruk keadaannya.

Mungkin kenyataan ini tidak adil kerana sepanjang hayat saya, saya cuma hidup dalam zaman 3 perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan Najib.

Tetapi pada zaman Najiblah, saya fikir – lebih ramai rakyat tidak yakin dengan kepimpinan kerajaan berbanding sebelum ini.

Terlalu banyak kenyataan tak masuk akal daripadanya, mahupun daripada menteri-menteri lantikannya yang saya ingat dalam zaman pentadbirannya.

Terlalu banyak keadaan yang membuatkan rakyat biasa seperti saya menjadi marah dengan kerajaan ini.

Kenyataan seperti ayam seringgit, kangkung turun harga, golf sukan rakyat atau baru-baru ini makan di warung lebih sedap bukanlah satu kenyataan yang pernah saya dengar masa zaman Dr Mahathir atau Pak Lah.

Saya percaya pada zaman Tunku, Tun Razak, Tun Hussein Onn – yakni zaman sebelum lahirnya saya, saya fikir tidak ada kenyataan-kenyataan bodoh seperti ini dikeluarkan oleh seorang perdana menteri.

“Approval rating” Najib juga adalah yang paling rendah sebagai perdana menteri dalam sejarah Malaysia – dengan 44% rakyat tidak menyokongnya, menurut kajian Merdeka Center baru-baru ini.

Sudahlah tidak popular dan sering mengeluarkan kenyataan yang buat orang ramai menepuk dahi, kemudian dalam pentadbirannya juga, tangkapan ke atas aktivis, wartawan dan ahli parti politik pembangkang makin berleluasa.

Saya bukanlah nak kata perdana menteri yang lain tidak buat perkara yang sama, tetapi kekerapan pada perdana menteri kali ini melakukan perkara yang membangkitkan kemarahan rakyat sangat banyak.

Malangnya, walaupun Najib tidak popular di kalangan rakyat, tetapi kedudukannya dalam parti sangat kuat, menyebabkan dia terus bertahan dalam parti yang menguasai kerajaan ini.

Persoalan saya, sampai bila nak jadi macam ni?

Apabila Pak Lah menerima tekanan daripada rakyat, dia terus sedar diri dan terus melepaskan jawatan.

Tetapi tidak bagi Najib, lagi rakyat marah, lagi dia terus menekan rakyat.

Dalam keadaan sekarang ini, dengan keadaan pembangkang yang bergaduh sesama sendiri, dan dalam keadaan kerajaan berada dalam keadaan paling tidak popular, negara ini sudah cukup menyerabutkan.

Dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara, dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang tak habis-habis dengan hududnya, mungkin suara yang paling kuat membangkang sekarang ini ialah Dr Mahathir sendiri.

Entah apa lah masa depan negara ini kalau semua ini terus berlanjutan. – 4 April, 2015.

* Ini ialah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

BY NOMY NOZWIR
Nomy Nozwir merupakan seorang bekas wartawan yang kini menjadi penulis novel alternatif dengan nama Nami Cob Nobbler. Beliau berkicau di @comradenami.


Dipetik dari TMI

RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: