JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan mengintai wanita dalam tandas, kelmarin.
Tertuduh, Ng Boon Yau, 40 dari Bandar Indraputra dekat Kulai didakwa melakukan kesalahan itu di dalam tandas sebuah stesen minyak di Jalan Yahya Al-Dattar, di sini, lebih kurang jam 8.15 malam pada 28 Oktober lepas.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan maksud hendak mengganggu kesantunan seseorang perempuan cina warga Singapura, Soh Ai Tee.
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa raya Noor Farhana Adham dan Dzul Iswari Jaafar.
Dzul Iswari menawarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin.Bagaimanapun Boon Yau memohon mahkamah mengurangkan jaminan itu berikutan menanggung isterinya yang tidak bekerja dan tiga orang anaknya.
RUANG PENGIKLANAN
MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI
0 respon:
Catat Ulasan