Selasa, 12 Ogos 2014

Apa yang Mustafa Ali melawak ni ..?

Oleh: pen buruk online ™

Setiausaha Agung PAS telah membuat lawak dengan mengatakan PAS akan terus bersama pakatan rakyat walaupun apa yang terjadi dalam isu TS Khalid Ibrahim .. Apakah ini lawak Tok Pa, atau cubaan memperbodohkan ahlinya?

Sementara itu Nik Aziz kata tidak kisah kalau keluar dari pakatan rakyat. Haji Hadi pun rasanya macam tu kot. Kalau tanya puak UG, mereka lagilah suka. Terloncat-loncat riangnya. Kita bukan nak tabur fitnah, cuba tanya hati masing-masing .. PAS mahu bersama pakatan atau mahu bergerak sendirian atau sudah bersedia untuk bersatu dengan UMNO?

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini senada dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bersedia jika parti itu ditakdirkan keluar daripada gabungan parti pembangkang berikutan pendapat
yang berbeza mengenai kedudukan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

read more here


Yang dalam hati hanya hangpa dan Allah sahaja yang tahu. Tapi apa yang pasti, dalam hati rakyat biasa yang mahukan perubahan pemerintahan Putrajaya, teramatlah kecewa.

PAS telah menyokong TS Khalid, kontra dengan pendirian kepimpinan PKR. PAS dan PKR satu bumbung dalam pakatan rakyat yang berjaya 'menakutkan' Barisan Nasional. Cuba buat bancian, berapa peratus ahli PAS yang sokong kepimpinan PAS sokong TS Khalid Ibrahim?

Kini kita yakin ramai ahli dan penyokong pakatan rakyat, tergurus dan kecewa dengan perkara ini. PAS perlu sedar, penyokong pakatan rakyat bukan sahaja dari ahli PAS. Malah ada yang tiada parti tetapi menyokong pakatan rakyat.

Cuma yang PAS perlu sedar, apapun keputusan yang diambil perlu mengikut rakyat terbanyak, bukan individu.


Tok Pa buat lawak?

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan parti itu akan terus bersama dengan Pakatan Rakyat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan PKR memecat keahlian Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu, semalam.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kepada semua peringkat kepimpinan parti, ahli dan para penyokong supaya bertenang dalam menghadapi konflik politik yang sedang di Selangor kini.

"Kepimpinan PAS sedang berada di tengah-tengah isu ini dan menangani isu ini secara berhemah, cermat dan bijaksana bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Rakyat yang lain," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau juga menjelaskan bahawa keempat-empat Exco Kerajaan Selangor daripada PAS akan terus berkhidmat dan berfungsi kerana kerajaan negeri masih wujud.

Mereka terdiri daripada Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad (Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar), Adun Sabak, Sallehen Mukhyi (Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian, Pembangunan Desa), Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali (Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan) dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi (Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam). - HARAKAHDAILY 10/8/2014

Sembang-sembang kosong dengan rakan beraliran sederhana, ada yang kecewa dengan masalah terbaru pakatan rakyat. Malah ada yang mengatakan punca tidak puas hati rakyt datangnya dari PAS! Bukan aku kata, tapi rakyat terbanyak yang mengundi pakatan rakyat!!

Cuba tengok para blogger yang menyokong pakatan rakyat, dah semakin slow-slow tidak berkarya. Bosan, meluat .. apakah pemimpin - pemimpin tertinggi PAS mengetahui perkara ini?

Ikut hangpalah kalau hangpa masih bersungguh-sungguh mempertahankan pendirian hangpa. Itu hak hangpa kalau rasa ianya benar.

Tapi satu perkara harus diingat .. rakyat / penyokong biasa pun ada hak, tanpa kami siapa hangpa sebenarnya?!

updated .. here

# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

9 respon:

Tanpa Nama berkata...

Sokong 100% PAS memang tak mahu dengar apa kata ahli dan penyokong bawahan. Kalau rasa hebat sangat keluar dari PR dan bersekongkollah dgn umno makin melingkuplah PAS. Dewan Ulama merasakan mereka hebat ilmu agama tetapi ilmu politik & pentadbiran hancus. Kita akan saksikan Kelantan juga hanyut pd PRU14 nanti. Ingat uno mahu bagi kerusi adun /AP pd PAS jika PAS bersama mereka mimpilah disiang hari. Sesama umno pun mereka sanggup bergaduh utk rebut kerusi inikan pula nak serahkan kerusi kpd PAS.

Mustafa ali letaklah jawatan SU PAS tu kau tak ada intergriti.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai penyokong Pas kena tetap sokong Pas. Sebagai penyokong Pakatan kena tetap sokong Pakatan... selagi ia wujud. Asalkan bee end tumbang.


Ketahuilah..... Kekalutan ini kerana Pakatan tiada WANG DAN KEMUDAHAN MENIPU untuk menutup masalah.... Jika dalam bee end lagi teruk...... tapi boleh ditutup dengan WANG.

Yang benar akan kekal akhirnya......PERCAYALAH..

Tanpa Nama berkata...

Tak kah hangpa terasa yang hangpa sedang dicaturkan?

Fikir-fikirkanlah!

Shah berkata...

Puiii...pkr punye pasal d tuduh nya pas..

Tanpa Nama berkata...

PAS kena khianat? itu cerita 30 tahun dulu, yg terlibat pun dah mati. Sikit2 nak tumbang UMNO. Angpa tak sedaq ka? UMNO la lagi mantap. UMNO baru. Selamba rock takde kecoh2 mcm PKR, DAP. Perjuangan? Perjuangan apa kelam kabut.

Tanpa Nama berkata...

Pas boleh ketawa hari ini. Esok.......umno sokong mu kah.sekali kau buat silap keluarlah pinta ampunmu x undi kau selain ustad2 gaban jalah.munafik

Tanpa Nama berkata...

Pkr punya pasal pas yg terkena.. pkr memang gile kuasa..semua keputusan nuar berahim yg buat..

Tanpa Nama berkata...

bila nak ada pilihanraya ni..aku x sabar nak kasi bungkus je pas kat selangor ni...ingat tu pihak atasan pas...klu dah x sabar nak jatuh..nasihatlah khalid ibrahim bubar dun...

Rakyat Selangor berkata...

Pas tetap bersama Pakatan Rakyat. Tapi ini tidak bermakna semua keputusan yang diambil oleh PKR dan DAP harus dipersetujui oleh PAS.

Dahulu, apabila Selangor dimenangi oleh Gabungan Pakatan Rakyat, melalui perbincangan, PAS dan DAP bersetuju memberi laluan kepada PKR bagi mengisi jawatan menteri besar Selangor.

PKR mencalonkan Khalid, dan Azmin sebagai calon. Lalu PAS dan DAP bersetuju memilih Khalid. Khalid dinobatkan sebagai menteri besar walaupun Azmin lebih tinggi pangkatnya dalam PKR.

Dengan ini, kita faham bahawa urusan membabitkan jawatan menteri besar Selangor adalah URUSAN BERSAMA dan perlu melalui perbincangan bersama ketiga-tiga parti dalam menentukannya.

Apabila PKR mahu menukar MB Selangor, pernahkah mereka bermesyuarat terlebih dahulu meminta pandangan PAS???

Tidak, tiba-tiba adun Kajang meletakkan jawatan, kerusi dun dikosongkan untuk memberi laluan kepada Anwar. Pernah minta pandangan PAS sebelum bertindak???

Apabila Anwar tak dapat bertanding, diganti dengan Wan Azizah, rasanya kalau Wan Azizah tak dapat bertanding akan diganti dengan Nurul Izzah. Nepotisma yang mengalahkan UMNO.

Apabila PAS tidak bersetuju dengan langkah Kajang tersebut, PAS dituduh dengan pelbagai tuduhan. Mengkhianati Pakatan Rakyatlah, ada puak UGlah, bla bla bla. PAS sahaja yang bersalah, PKR???

Apabila Wan Azizah memenangi pilihan raya dun Kajang, beliau terus dinamakan oleh PKR sebagai bakal Menteri Besar Selangor yang baru tanpa sebarang mesyuarat bersama dengan PAS dan DAP.

Apabila PAS tidak bersetuju dengan Wan Azizah dan menyatakan bahawa Tan Sri Khalid tidak perlu ditukar buat masa sekarang, PAS kembali dituduh dengan pelbagai tuduhan. Mengkhianati Pakatan Rakyatlah, ada puak UGlah, bla bla bla.

Melihatkan PAS terus memberikan sokongan kepada Khalid, PKR memecat Khalid daripada partinya. Hal ini sebenarnya bukan untuk menghukum Khalid, tetapi untuk memaksa PAS agar tunduk menerima Wan Azizah.

Apabila PAS tetap berkeras menyokong Khalid dan tidak menerima Wan Azizah sebagai menteri besar, PAS kembali dituduh dengan pelbagai tuduhan. Mengkhianati Pakatan Rakyatlah, ada puak UGlah, bla bla bla.

Tindakan PKR menjadikan jawatan Menteri Besar itu seperti miliknya secara mutlak sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu tidak dianggap sebagai kesalahan.

Tindakan PKR mengumumkan siapa yang akan menjawat jawatan tersebut sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu juga tidak dianggap sebagai kesalahan.

Yang salahnya semua PAS. Apa salah PAS? PAS bersalah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PKR. Kerana apabila menyertai Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh ada pendirian sendiri, PAS perlu mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Kalau semua keputusan yang diambil oleh PKR atau DAP perlu dipersetujui oleh PAS, maka tepatlah apa yang dimomokkan oleh UMNO kepada rakyat bahawa PAS hanyalah kuda tunggangan PKR dan DAP.

Lebih elok sekiranya PAS membubarkan sahaja parti PAS dan menyertai PKR atau DAP kalau semua keputusan mereka perlu dipatuhi oleh PAS.

Kalau berlakunya pilihan raya semula di Selangor, saya sebagai pengundi di Selangor tidak akan turun mengundi. Biarlah sesiapa pun yang menang. Rakyat Selangor tetap rugi!