Jumaat, 7 Februari 2014

Kerajaan UMNO dalam senyap tamatkan pekerja kontrak 50 ribu?

Memanglah siapa pun tak nak diberhentikan kerja, namun pekerja kontrak yang ditamatkan kontraknya bersama PKNS tu dengar katanya masuk guna 'kabel' hingga ada dua orang buat kerja yang sama.

Benda-benda macam ni bukan sahaja berlaku di PKNS Holding, malah seluruh Malaysia.

Tengok saja di Pejabat Majlis, GLC, pejabat kerajaan negeri, banyak yang guna kabel kan ...

Tak betul?!! Usah nak menipu la! Kalau ada yang masuk guna tiket bapa saudara ke, sepupu ke, abang angkat ke, skandal gelap ke, semua tu tak ikut saluran yang betul la ..

Biasa tak dengar, peluang kerja ada 1 kekosongan, tapi iklan borang RM1 sekeping. Lepas tu bila interview, jawatan tu pun dah di isi oleh kaum kerabat. Tu biasa kita dengar kan ..
{baca lagi klik butang papar ... }

5 artikel pilihan pembaca hari ini







Kalau korang masih ingat pada tahun 2008, lebih kurang 50 ribu pekerja kontrak susah hati dan malam tak lena tidur ura-ura kerajaan akan menamatkan perkhidmatan mereka. Selepas berakhir PRU 12, kalau search kat google, ada yang telah diberhentikan. Pandai-pandailah kalian search ya!

Tetapi sebelum PRU 12, kerajaan UMNO berjanji bagai bintang tidak akan memberhentikan pekerja kontrak tu.Akhirnya lepas kerajaan UMNO memerintah lagi, ada juga pekerja kontrak yang ditamatkan. Cuma tidak disensasikan seperti mana TV3suku buat kepada PKNS Holding.

Kalau PKNS 22 orang, UMNO 50 ribu orang !!

Apapun kita tengok kat bawah sebab musabab kenapa pekerja kontrak itu ditamatkan perkhidmatan mereka;
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.




Menteri besar Selangor itu berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut.




"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.




"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun," katanya yang juga pengerusi PKNS pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, selangor hari ini.




Selasa lalu, anak syarikat PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.




Kontroversi pemecatan tersebut berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.




Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.




Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dibuat selaras dengan ikrar integriti yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International Malaysia (TIM).




"Penamatan kontrak 22 kakitangan PHSB adalah hasil polisi ikrar integriti yang dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.




"Mengikut saluran ikrar integriti, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baru diwujudkan diketuai orang luar dengan gaji tinggi," katanya.




Beliau berkata, pengambilan kakitangan kontrak juga dilakukan tidak mengikut prosedur, tanpa menerusi pengiklanan secara terbuka, malah menyebabkan timbulnya masalah pertindihan tugas dengan kakitangan lama.





"Kakitangan baru diambil juga menyebabkan berlaku pertindihan tugas kerana mereka melakukan kerja yang sama dengan pekerja lama.




"Mereka juga dipilih masuk bukan secara menerusi pengiklanan, tetapi dipilih terus masuk oleh lembaga pengarah dalam PKNS," katanya.




Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dilakukan secara rapi dan mereka yang dipecat juga diberikan pampasan yang sepatutnya.




"Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS baru, Azlan Alfiah untuk membuat kajian terperinci organisasi termasuk isu melibatkan sumber manusia.TMI




"Beliau menghantar laporan strategi pemulihan pengurusan dan beliau mencadangkan PKNS melaksanakan penyusunan semula organisasi serta-merta," katanya yang merujuk kepada tindakan pemecatan kakitangan PKNS.TMI

Bagi aku yang tak berapa cerdik seperti TS Khalid tu, apa salahnya kau tamatkan 22 orang pekerja kontrak tu di PKNS tapi kau letak la 22 orang tu kat tempat lain di Selangor yang mungkin kekurangan pekerja ke apa ke.

Tutup mulut sumbang dan habis cerita.. tak gitu bro?
sumber



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




RUANG PENGIKLANAN

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI

WUJUDKAN SUASANA ISLAMIC RUMAH ANDA DENGAN ALUNAN AZAN, ZIKIR DAN BACAAN AYAT ALQURAN. POST LAJU + GIFT PERCUMA IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI IKLAN TEKS DI SINI

0 respon: